Selain rona merah menyala, emas juga adalah sesuatu objek bernilai yang sangat dihargai oleh individu yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Dianggap gah kerana mampu memberikan tuah buat si pemiliknya, tahun ini jenama fesyen berprestij Dolce & Gabbana tampil dengan rekaan kaca mata ranggi yang eksklusif apabila bingkainya disadur dengan emas 18 karat!
Terdapat tiga pilihan masing-masing untuk lelaki dan wanita, koleksi indah yang dipanggil Gold Collection ini tampak ringkas namun meletakkan nilainya pada perincian bingkai halus kemas bersadur emas asli serta padanan lensa moden berbentuk bulat berona putih, merah jambu dan kuning untuk wanita bergaya.
Tidak cukup dengan itu, difahamkan setiap kaca mata ini hadir dalam kotak pembungkusan istimewa yang dibuat daripada kulit berwarna hitam bahkan plak logam yang menghiasi kotak kaca mata juga adalah berwarna emas.
Bagi lelaki yang memiliki aura fesyen tersendiri, kaca mata stail aviator turut dihiasi bingkai emas 18 karat berserta lensa yang turut ditawarkan dalam pilihan warna sama iaitu merah jambu, kuning dan putih.
Untuk itu, jangan ketinggalan untuk menonjolkan aura kemewahan yang kamu miliki dengan penggayaan kaca mata hitam sensasi dari Dolce & Gabbana sepanjang Tahun Baru Cina ini.
Siapa bilang barang kemas hanya perlu dipakai di pergelangan tangan, jari dan leher semata? Boleh juga tampil glamor dengan sepasang jaca mata yang diperbuat daripada emas. Mampu?
Untuk keterangan lanjut, klik [facebook.com/Luxottica].