Kembara

Legoland Tambah Edisi Hiburan Panggung 4D Untuk Pengunjung

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Legoland Tambah Edisi Hiburan Panggung 4D Untuk Pengunjung

Legoland Malaysia Resort baru-baru ini menambah tarikan edisi terkini dengan menawarkan hiburan filem 4 Dimensi (4D) buat pengunjung tanpa mengira usia!

Peminat Lego umumnya berpeluang menonton LEGO City Policeman mengejar penjahat ganas menerusi kota metropolis yang dihiasi segenap bangunan pencakar langit secara realistik -seolah berada dalam dunia LEGO yang sebenar bila berhibur sambil merasa pengalaman tontonan 4 Dimensi.

Foto -Arkib Wanista

Untuk pengetahuan semua, jika 3 Dimensi (3D) memberi peluang kepada kita semua untuk merasa seolah efek-efek dari filem yang ditonton itu wujud, namun 3 Dimensi pula memberi gambaran yang lebih realistik apabila penonton juga berpeluang merasa suhu seperti sejuk, panas; menghidu aroma, efek gegaran dan sebagainya yang menjanjikan lebih kepuasan buat semua!

Tonton Trailer Filem Lego City 4D: Officer in Pursuit 

Menambah seisi keterujaan bersempena Tahun Baru Cina 2019, Legoland Malaysia Resort juga ada menyediakan Garden of Prosperity yang dihiasi hiasan menarik serta penganjuran pelbagai aktiviti unik termasuklah Festive Building Activity di mana pengunjung bisa membina Panda dan Oren Mandarin mereka sendiri menggunakan cebisan LEGO. Ada juga pertunjukan tarian singa dan naga diadakan untuk kemeriahan berganda.

Sumber: Facebook/Legoland Malaysia

Untuk keterangan lanjut sila klik [facebook.com/LEGOLAND.my] dan sebarang tempahan atau pembelian tiket secara atas talian boleh ditempah [di sini].

BACA  8 Tempat Unik Ini Diragui Kerana Haram Kepada Orang Awam