Selepas kegemilangan pada tahun lepas, OlaBola The Musical kembali untuk musim yang ke-2.
Muzikal pecah panggung ini bakal menemui peminat pada 18 Februari hingga 3 Mac di Istana Budaya.
OlaBola The Musical, yang dihasilkan oleh Enfiniti, mengikuti perjalanan “Tauke’ Chow Kwok Keong, kapten pasukan tekad memimpin pasukan Harimau Malaya untuk persediaan Olimpik 1980. Menampilkan pengulas sukan Rahman dan penjaga gol pasukan Muthu yang muncuit hati serta sahabat Tauke dan seluruh pasukan dari pelbagai kaum menjadikan muzikal cukup indah dan wajib tonton.
Nak tahu perasaan menonton OlaBola The Musical, baca review – 5 Sebab RM50 Korang Tak Rugi Tonton Teater Ola Bola Muzikal
Dibarisi oleh Iedil Putra, Abi Manyu, Luqman Hafidz, Jian Wen, Melissa Ong, Douglas Lim, Altimet, Nabila Huda, Hafeez Mikhail, Tony Eusoff dan diarahkan oleh Tiara Jacquelina.
Lokasi : Panggung Sari, Istana Budaya
Tarikh : 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 26, 27, 28 Feb, 1, 2 & 3 Mac
Masa : 8 malam
Tiket : Berharga antara RM88 hingga RM358. Dapatkan tiket di buyticket.asia
Untuk maklumat kunjungi olabolamusical.com, Instagram & Facebook: @enfinitimy