Hiburan

Selidik Siapa Selebriti Mat Salleh Ambil Anak Angkat Kulit Hitam?

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Selidik Siapa Selebriti Mat Salleh Ambil Anak Angkat Kulit Hitam?

Selain Angelina Jolie dan Brad Pitt, sebenarnya ramai lagi dikalangan selebriti Hollywood yang mengambil anak kelahiran Afrika sebagai anak angkat mereka. Dalam tahun 2000 ianya sudah seperti trend disana untuk para selebriti menambah ahli keluarga dengan pengambilan si kecil dari negara Afrika atau keluarga miskin. 

Ada yang beranggapan para selebriti ini untuk membantu anak-anak kecil ini mendapat pendidikan, kasih sayang dan kehidupan yang baik daripada hidup di negara memberontak atau tidak mempunyai keluarga. Selain itu selebriti wanita yang mengambil anak angkat pula dikaitkan dengan kesuburan. Dari Huffington Post, selebriti wanita yang sibuk dengan kerjaya dan mungkin sudah kehilangan kesuburan mengambil langkah ini. 

Walauapapun alasan mereka, diharapkan ianya satu tanggungjawab yang ikhlas dan bukannya mengejar populariti sahaja. Mari kita selidik para selebriti A-list Hollywood yang mempunyai anak angkat dari berdarah Afrika atau kulit hitam. 

#1 Tom Cruise

Foto – People

Connor telah diambil oleh Tom Cruise dan Nicole Kidman ketika berusia 4 bulan. Hubungan Connor ternyata sangat rapat dengan ayah angkatnya. Ini kerana selepas penceraian Cruise-Kidman, jagaan Connor terletak pada bahu Cruise. Kini Connor Cruise sudah pun berusia 24 tahun dan dikatakan menjadi seorang DJ yang berjaya. 

#2 Charlize Theron

Foto – Twitter

Tak sangka lebih dua tahun untuk Charlize Theron menunggu anak angkatnya menjadi milik. Namun terdapat beberapa khabar angin yang tidak baik tentang keluarga ini dimana Theron melayan anak lelakinya seperti budak perempuan. Rupanya si anak yang mahu berpakaian seperti itu, aduhai. Theron menambah lagi seorang anak angkat pada Ogos 2015 dikenali sebagai August Theron 

#3 Sandra Bullock

Foto – Daily Mail

Aktres berbakat ini mempunyai dua anak angkat kelahiran Afrika-Amerika iaitu Louis dan Laila. Sandra Bullock cukup pantang jika ada yang memanggil anak-anaknya sebagai ‘anak angkat’. Baginya mereka ialah anak dia yang sebenar tidak perlu diguna perkatan ‘adopted’

#4 Hugh Jackman 

Foto – India Today

Setelah isteri Hugh Jackman mengalami beberapa kali keguguran kandungan dan kegagalan dalam proses IVF menjadikan pasangan ini untuk mengambil anak angkat. Berbeza dengan selebriti yang lain, Hugh Jackman dikurniakan anak berdarah kacukan, Oscar. 

Sesungguhnya kasih-sayang dan cinta itu tidak mengenal warna kulit, agama dan bangsa! Indah bukan… 

RUJUKAN 1 & 2

BACA  Besarnya Cincin Tunang Jennifer Lopez Berharga RM4 Juta