Cukup menyampah sekali kalau ada yang claim diri sendiri mempunyai masalah OCD. Baru suka mengemas sikit atau pantang nampak barang bersepah terus terasa seperti OCD. Sebenarnya anda faham ke tidak dengan masalah OCD? Atau anda fikir OCD ini benda yang patut dibanggakan?
Mari Wanista ajar anda tentang OCD atau nama panjangnya Obessive Compulsive Order (gangguan obsesif kompulsif). Lebih senang kalau Wanista cakap ia ada kaitan dengan masalah mental. OCD bukan sahaja ada kena mengena dengan orang suka membersih atau mengemas tapi ada banyak jenis yang lain. Bagi anda yang acah-acah untuk digelar sebagai OCD, baca dulu fakta ringkas OCD yang Wanista sediakan untuk anda.
Biar faham!
Sikap Obses
Terlalu obses dengan sesuatu perkara tanpa disedarinya dan boleh menyebabkan timbul rasa gelisah dan risau kerana tidak dapat melakukan. Kebanyakan mereka cuba menghindarinya namun gagal kerana ia tidak boleh diselesaikan dengan fikiran logik. Antara perkara yang mereka sangat obses ialah:
#1 Mencuci
Wajib untuk mereka membersih apa jua yang telah dibersih sebagai contoh tangan mereka sendiri. Ada yang mencuci tangan sehingga kulit luka! Mereka cukup gerun dengan kuman atau bakteria sehingga tidak sedar membersih tangan acap kali. Pada yang lebih kronik, tanpa segan silu boleh membersih rumah orang atau apa sahaja sampai mereka merasa puas.
#2 Periksa
Suka memeriksa jadual, kertas kerja atau aktiviti lepas berulang kali. Sikap was-was telah membuatkan mereka mahu periksa perkara yang sama. Malah jika berlaku kecelakaan mereka akan menyalahkan diri mereka kerana tidak memeriksa.
#3 Kekemasan
Cukup cerewet sekali bila melihat barang yang tidak tersusun dan segera mengatur semula. Bukan susun yang biasa-biasa tapi mahukan yang betul mengikut simetri dan tepat. Jika barang mereka disentuh tanpa sedar dia boleh memarahi siapa sahaja dan kerap memberitahu anda untuk mengikut susunan yang telah diatur.
#4 Menyimpan
Suka menyimpan barang yang sudah tiada guna lagi seperti kotak lama atau pakaian buruk sehingga ruang boleh sempit! Bagi mereka setiap barang masih ada guna atau cukup sentimental walaupun barang yang sama. Ada kes dimana penghidap OCD tidak perasan rumahnya sudah sesak dengan pelbagai barangan tidak berguna.
Mereka yang benar-benar menghidap OCD langsung tidak sedar dengan kelakuan mereka. Iya langsung tidak perasan rutin mencuci, mengemas dan berulang-ulang sehingga boleh mencederakan diri dan kesihatan.
Tak sangka kan ramai suka dikaitkan dengan masalah mental malah cukup bangga konon mengalami OCD. Aduhai…tenat sudah anda semua ini!