Mungkin ada diantara kamu merasa diletakkan dalam situasi malang kalau masuk dalam bab percintaan. Bukannya anda tidak mencuba untuk berkenalan dan memulakan langkah tapi akhirnya lelaki yang dikenali tiba-tiba ghaib. But why?!
Sampaikan jadi penat untuk kembali mencari teman baru. Bukan apa mak ayah dikampung sudah asyik bertanya bila hendak mendapat menantu.
Takkan tersilap langkah lagi bila semuanya sudah diatur dengan baik. Si kenalan baru itu pun elok sahaja dari pandangan kamu. Sebelum hendak menunding jari pada pihak yang sebelah itu baik anda periksa takut-takut rupanya sepanjang perkenalan anda telah jadi ‘raksasa’ cinta!
#1 Terlalu Jual Mahal
Main tarik tali memang patut ada dalam menarik perhatian si dia terhadap kamu. Namun silalah berhati-hati jangan terlalu lama untuk menjual mahal. Lama-kelamaan boleh jadi bosan dan si dia akan jadi penat untuk terus mengalah dari segala aspek. Apa salahnya kalau anda pula yang memulakan untuk Whatsapp atau ajak keluar tonton wayang bersama. Tak jatuh pun maruah anda.
Lelaki juga suka dengan wanita yang berani dan berfikiran terbuka kerana ini boleh pandangan anda sebagai seorang yang boleh menjadi teman selamanya.
#2 Emosi Tidak Bertempat
Baru kenal sebulan dua anda sudah melebih-lebih ketika berkongsi perasaan dan emosi. Seeloknya cuba kawal dan jangan terlalu dengan hormon estrogen anda itu.
Bukan untuk mengajar anda berpura-pura atau hipokrit dalam perkenalan ini. Tapi cuba fikir, kalau anda pun cukup rimas dengan orang yang tak habis-habis bercerita tentang masalah yang tiada punca.
#3 Tiada Trust
Lelaki cukup pantang dengan soalan-soalan cepumas seperti ‘tadi keluar dengan siapa?’, ‘kenapa lambat reply Whatsapp?’ atau ‘awak mesti suka tengok perempuan cantik?’. Girls please...kenapa anda perlu aju soalan seperti ini, sebab anda rasa tidak selamat?
Perkara seperti ini telah menunjukkan anda awal-awal sudah tiada percaya pada diri mereka. Jadi perlu ke untuk mereka teruskan dengan perempuan pening seperti anda. Belum ada apa-apa soalan dah lagak seperti berkahwin sudah 10 tahun.
Perkara paling penting ketika dalam hubungan awal ialah menjadi diri anda yang sendiri. Apa kata kalini cuba perbaiki diri anda daripada menagih untuk orang lain menerima anda seadanya. Kadang penulis tak faham, ada kawan-kawan penulis mahukan lelaki 100% terima mereka sebaiknya tapi mereka tak baik pun. Perangai macam tiga diatas. Annoying!