Menurut bayangan kita, tahun 2020 memperlihatkan kewujudan “Kereta Terbang” menggambarkan betapa dunia ini bakal berubah ke sebuah era yang lebih moden dipanggil “Futuristik” dengan memanfaatkan pelbagai teknologi hebat ke dalam kehidupan seharian.
Namun begitu tak semestinya semua jangkaan kita itu berlaku tepat pada waktunya dan bagi mengubati kekecewaan ramai perihal bayangan “Kereta Terbang” yang masih tidak kelihatan sehingga kini.
Ini Wanista kepilkan 10 foto luar biasa bangunan berkonsepkan futuristik rekaan arkitek ternama Frank Gehry yang boleh kamu lawati untuk pengalaman percutian unik dan lain daripada yang lain!
Lou Ruvo Center, Las Vegas, Nevada
Berombak seolah bangunan ini mengikut arus angin yang meniupnya… namun, ianya bukanlah muzium pameran mahupun dewan konsert tetapi merupakan Pusat Kesihatan Otak.
Nama Lou Ruvo diambil bersempena nama pemiliknya, iaitu seorang usahawan agung dari Las Vegas yang telah kehilangan bapanya kerana menghidap komplikasi penyakit nyanyuk, Alzheimer.
- Sumber: boredpanda.com
Marqués De Riscal Hotel, Elciego, Sepanyol
Merupakan sebuah hotel mewah yang terletak di dalam opekan kecil dekat Sepanyol, keunikan seni bina ini bakal menjadikan percutian kamu lebih indah apabila mampu mengambil foto-foto manarik sambil berlatarkannya.
- Sumber: Reciprocal Wine
Fred And Ginger, Prague, Czech Republic
Juga dikenali sebagai “The Dancing House”, mungkin kerana sebelah bangunannya memiliki rekaan umpama silinder yang lebih melengkung seperti orang yang sedang menari-nari.
Untuk pengetahuan semua, bangunan unik ini dinamakan bersempena nama penari popular Fred Astaire dan Ginger Rogers yang merupakan inspirasi utama bagi pembinaan bangunan ini.
- Sumber: boredpanda.com
Weisman Art Museum In Minneapolis, Minnesota, Amerika Barat
Kalau dah namanya muzium kesenian, bangunannya pun haruslah memiliki reka bentuk unik untuk menonjolkan kreativiti yang unggul.
Untuk pengetahuan semua, lokasi bangunan muzium ini adalah merupakan sebahagian dari kawasan kampus University of Minnesota dan ia dianggap sebagai salah satu seni bina terpelik di dunia kerana ia dibangunkan ketika zaman belum wujudnya komputer lagi.
- Sumber: Pinterest
Dr. Chau Chak Wing Building, Sydney, Australia
Seperti bangunan yang dibina dalam tebing gunung batu, tahukah kamu bahawa ini merupakan bangunan kampus jurusan perniagaan di University of Technology Sydney. Untuk membinanya, difahamkkan sumber kontrakter telah menggunakan batu-bata buatan sendiri bagi membentuk susur-susur lengkungan sebegitu rupa.
Pasa masa tertentu, dinding bangunan ini akan dimanfaatkan untuk sukan lasak wall climbing.
- Sumber: flickr.com
Fondation Louis Vuitton, Paris, Perancis
Warna atap bangunan yang menyerupai helaian kelopak bunga mekar ini boleh berubah warna menjadi lut sinar pada hari-hari biasa. Menjadikan ianya seni bina menarik adalah kerana lokasinya yang turut dikelilingi taman menghijau.
Menurut sumber, panel kaca yang digunakan ke atas setiap sayap atap ini adalah berjumlah lebih 3,600 keping dan disokong oleh 19,000 panel konkrit. Ianya adalah sebuah muzium yang sudah dibuka kepada umum sejak 2014.
- Sumber: The Weird City
Vitra Design Museum, Weil Am Rhein, German
Kalau ini rumah, ia mungkin antara rumah paling unik penulis pernah lihat namun, bangunan ini merupakan sebuah muzium terawal paling pelik yang pernah wujud di bumi Eropah.
Di dalamnya ada terkandung bahan pameran berbentuk perabot serta unit-unit perhiasan dalaman cantik buat kamu yang cintakan ilmu dekorasi.
- Sumber: basel.com
Stata Center, Cambridge, Massachusetts
Sekali pandang, nampak macam bangunan yang wujud dalam filem-filem fantasi kan? Al-kisahnya, ia merupakan sebuah Pusat Komputer, Informasi dan Kebijaksanaan Sains yang dibina khas untuk Institut Teknologi di Massachusettes.
Kalau nak tahu, bangunan ini boleh dikira lagenda oleh orang setempat dan sering menjadi perhatian utama bagi yang mengagumi karya seni bina pelik sebegini.
- Sumber: dezeen.com
Museum Of Pop Culture, Seattle, Washington
Glamor bukan kepalang seni bina yang satu ini. Seolah bangunan dihampar dengan fabrik sequin berkilau, katanya inspirasi seni bina ini adalah dari muzik dan tenaga genre rock!
Arkitek Museum of Pop Culture ini juga memberitahu, material besi bersinar sengaja digunakan agar ia kelihatan mewah biarpun dari jauh apabila ia disnetuh cahaya matahri.
- Sumber: Visit Seattle
The ArcelorMittal Orbit, Stratford, London
Bukan rekaan Frank Gehry tetapi seorang lagi artis seni bina hebat iaitu Anish Kapoor. Apa yang kamu lihat seperti menara tinjau ini bukanlah sekadar bangunan biasa tetapi ianya adalah gelongsor gergasi yang berketinggian 178 meter -mampu menggelongsorkan pengunjung selaju 34 saat untuk sampai ke dasarnya.
Selain bermain gelongsor, pengunjung boleh juga makan di restoran istimewa dalam menara selain bisa melihat pemandangan sekitar kota London yang indah dari atas awan. Dengar kata, harga tiket untuk pakej lihat pemandangan dan bermain gelongsor di sini adalah sekitar RM90/dewasa dan RM60/kanak-kanak.
- Sumber: headbox.com
Bagi kamu, ada tak bangunan futuristik segermelapan ini di negara kita?