Siapa yang tak kenal dengan penyanyi kelahiran tanah air yang bertaraf antarabangsa seperti Zee Avi dan Njwa ini? Mendengar sahaja suara mereka sudah tahu kita siapa pemiliknya menggambarkan betapa uniknya vokal yang dimiliki dua anak seni ini.
Terkini, Zee Avi dan Njwa bakal melangsungkan konsert duo bersempena Hari Wanita Sedunia 2019 menjelang 22 Mac akan datang!
Konsert yang diberi nama International Women’s Day With Zee Avi dan Njwa itu memilih Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebagai lokasi anjuran.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak penganjur, Showlab, kedua-dua bintang itu masing-masing akan membuat persembahan selama 45 minit (setiap seorang) bahkan penonton tidak akan ketinggalan untuk dihiburkan dengan seleksi lagu hit hebat dendangan Zee Avi dan Njwa.
Tonton Nyanyian “Kantoi” Oleh Zee Avi
Terdahulu, Zee Avi mula dikenali menerusi lagu “Kantoi” yang dimainkan bersama alat muzik Ukulele sekitar 2009 manakala, Najwa Mahiaddin atau lebih senang dipanggil Njwa pula mula meningkat popular menerusi hit Bahasa Inggeris berjudul “Got To Go” sekitar 2011.
Bagi yang berminat, boleh dapatkan tiket International Women’s Day With Zee Avi dan Njwa menerusi laman sesawang RedTix di [airasiaredtix.com/zeeavinjwa] pada harga berikut:-
- Meet & Greet: RM388
- Diamond: RM288
- Platinum: RM228
- Gold: RM188
- Silver: RM128
- Bronze: RM88
Untuk keterangan lanjut berkenaan konsert, sila layari [facebook.com/showlab.my]. Ayuh sama-sama kita sokong artis tempatan!