Orang kaya dan berkuasa tidak jauh beza dari kita semua. Mereka juga mempunyai masalah dan mereka juga manusia biasa, cumanya mereka lebih beruntung dari segi wang dan harta benda. Mereka mempunyai pilihan yang lebih menarik dalam melakukan sesuatu hobi.
Bahkan Wanista sebelum ini ada mendedahkan kehidupan peribadi anak-anak jutawan di Dubai. Rata-rata mereka menghabiskan waktu seharian dengan haiwan peliharaan eksotik seperti harimau bintang, shopping barangan kemas serta pelbagai lagi yang orang biasa mampu pandang.
Baca: Jangan Jealous! Inilah Kehidupan Seharian Anak-Anak Jutawan Di Dubai
Selain itu semua, ini antara hobi yang hanya orang kaya-kaya gemar lakukan di masa senggang. Agaknya ada yang anda mampu tak?
Mengumpul Karya Seni
- Foto – Art Fix Daily
Pengumpulan karya seni mendahului senarai sebagai hobi kebanyakan individu kata. Bahkan hobi itu sudah menjadi kegemaran golongan bangsawan sejak di zaman Rom dan terusan ke hari ini. Bayangkan karya Leonardo da Vinci atau Vincent Van Goh sahaja dah berapa nilainya.
Berlibur Di Atas Kapal Layar
Aktiviti kebanyakan selebriti Hollywood yang biasa dilakukan. Teringin? Airbnb ada memperkenalkan penginapan di atas kapal layar mewah untuk memberi peluang kepada individu biasa yang ingin menikmati konsep percutian seperti jutawan. Kadar sewa yang diperuntukkan ialah bermula RM530 sehari.
- Foto – Business Insider
Sukan Ski
Bermain ski, sebagai bentuk rekreasi selalu dilihat sebagai lambang kemewahan. Tetapi hari ini semua orang mampu bermain ski sejak aplikasi Klook memperkenalkan aktiviti percutian dengan harga paling berpatutan, sekaligus membolehkan orang ramai menikmatinya.
- Foto – Dachstein Krippenstein
Golf
Sukan golf bebas untuk semua orang, tetapi ia selalu dianggap sukan untuk ahli perniagaan. Bahkan anda tidak boleh hadirkan diri ke kelab golf untuk bermainnya sesuka hati, anda sekurang-kurangnya perlu mengambil kelas dan pakej yang ditetapkan kelab.
- Foto – The Arroyo Golf Club
Kumpul Kereta
Pengumpulan kereta telah lama menjadi salah satu hobi paling popular di dunia. Dari koleksi vintaj hingga yang rare, ia adalah hobi yang mencapai nilai ribuan dan jutaan.
- Foto – Los Angeles Magazine
Berbasikal
Ini bukan jenis basikal biasa. Orang kenamaan telah mengambil sukan ini ke tahap yang baru dengan pengembaraan keliling dunia. Iride Bicycles dinamakan antara basikal buatan tangan Itali yang mahal, antara $2,190 – $3,040.
- Foto – Cycling Weekly
Sukan Berkuda
Kebanyakan hobi orang kaya melibatkan kuda, dari polo dan perlumbaan kuda. Sukan polo telah mendapat perhatian jutawan Cina yang menganggapnya sebagai “sukan mewah” yang baru.
- Foto – United States Polo Association
Kumpul Jam
Walaupun teknologi terus berkembang dan mengubah cara hidup kita, jam tangan masih menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Selain membeli jam tangan, pengumpul juga berfikir tentang kos penyelenggaraan dan insurans.
- Foto – Straatosphere
Tennis
Tenis terus menjadi hobi untuk orang kenamaan. Maintenance untuk sukan tenis dari segi peralatan ke pakaian serta keahlian kelab boleh mencecah ribuan ringgit sahaja.
- Foto – ABC
Wahhh hebatnya mereka. Tapi tak kisahlah apa pun hobi yang anda pilih asalkan bahagia dan diberkati. Selamat beramal!