Keibubapaan

Anak Berjinak Dengan Porno? 3 Cara Ibu Bapa Halang Akses Ke Laman Lucah

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Anak Berjinak Dengan Porno? 3 Cara Ibu Bapa Halang Akses Ke Laman Lucah

Kalau dah namanya budak, memang susah kita hendak mengawal aktiviti mereka kalau tak kena cara dan taktik. Nak pula kanak-kanak masa kini memang susah hendak dipisahkan dengan gajet.

Kononnya… memang ramai ibu bapa tak gemar anak berkepit dengan gajet mudah alih seperti telefon pintar dan iPad namun kelonggaran terpaksa juga diberi kerana ia merupakan umpan paling berkesan untuk buat anak senyap dan duduk diam tanpa membuat kacau -terutamanya saat makan di restoran mahupun ketika menghadiri kenduri-kendara.

Sumber: kasperskydaily.com

Bila anak dah ralat bermain gajet, satu hal yang paling merunsingkan kita adalah apabila kita tidak tahu apa yang mereka tonton. Adakalanya kita punyai banyak rutin harian lain sehingga tiada masa untuk menjenguk apa yang mereka lihat menerusi gajet. Umumnya, laman lucah adalah “parasit teknologi” yang paling berbahaya untuk diterokai anak-anak bawah umur. Apa solusinya?

Sumber: firstcrycdn.com

Wanista senaraikan lima aplikasi mudah guna yang bisa dimanfaatkan ibu bapa untuk mengawal pelayaran internet anak-anak sekaligus menghalang akses mereka ke laman-laman lucah.

#1 Clean Browsing: Paling Berkesan Banteras Porno!

Percuma untuk semua orang. Berkesannya CleanBrowsing ini ia dapat bantu kamu sekat pelayaran membuatkan pelayar selamat dari diserang material porno baik menerusi Google, Youtube dan lain-lain. Untuk pengguna laptop atau komputer Windows 10:-

  • Buka “Control Panel” ➡ Klik “Network and Internet”.
  • Kemudian, klik “Network and Sharing Center”.
  • Lihat menu di bahagian paling kiri, pilih “Change adapter settings”.
  • Klik guna butang tetikus kanan (right-click), pilih rangkaian network yang kamu sedang gunakan pada gajet ➡ Sekali lagi gunakan butang kanan tetikus (right-click) ➡ Pilih “Properties”.
  • Pilih Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4) ➡ Klik butang “Properties” di bahagian bawah kanan.
  • Klik “Use the following DNS server addresses” ➡ Masukkan nombor “185.228.168.168″ dan “185.228.169.168” pada kedua-dua kotak nombor DNS klik “OK”.
Sumber: Clean Browsing

Siap! Sekarang kamu dan keluarga selamat dari disering sebarang material pornografi yang merosakkan akidah. Penulis dah cuba cara ni, kalau search video porno pun memang tak akan keluar di pilihan Google! Terbaik.

#2 FAMILYTIME: Bagi Yang Mahu Kawal Pergerakan Anak

Khas untuk pengguna Android dan iOS, FamilyTime membenarkan kamu mengawal apa yang boleh dilihat anak-anak. Boleh sekat waktu akses pelayar, menjejak lokasi dan banyak lagi.

Lebih tepat, masa anak-anak menghadap gajet kini boleh dihadkan dengan adalanya pengawalan FamilyTime. Selain itu boleh juga mengawal segala macam kemasukan panggilan dan mesej.

  • Muat turun aplikasi FamilyTime dari atau Google Play atau App Store di telefon pintar kamuDaftar masuk akaun.
  • Masukan nama dan jantina anak pilih jenama gajet yang digunakan Apple/Android klik seterusnya.
  • Menerusi gajet milik anak, layari get.familytime.io
  • Muat turun aplikasi “FamilyTime for Kids” ke dalam gajet milik anak Pilih “Activate this Device”.

Siap! Anak kamu akan selamat dari meneroka sebarang bahan porno di internet. Untuk tutorial penuh bagaimana hendak install aplikasi ini ke gajet anak [KLIK SINI].

#3 Google Safe Search: Untuk Pengguna Setia Google

Melihatkan kebanyakan dari kita menggunakan Google sebagai carian utama di internet, sebenarnya sangat mudah untuk menyekat sebarang bahan lucah berbentuk gambar mahupun teks di internet dengan menetapkan servis “Google Safe Serach” ini.

  • Jika menggunakan laptop atau komputer, secara ringkas buka laman utama Google. 
  • Lihat di hujung bawah paling kanan, klik “Settings” Klik “Search Settings”.
  • Lihat pilihan paling atas, bahagian “Safe Search Filters” Klik pada kotak “Turn on Safe Search”.
  • Seterusnya klik “Lock SafeSearch” di bahagian sebelahnya.
  • Klik lagi sekali menu “Lock SafeSearch”. Siap!

Untuk pengguna gajet Android:-

  • Pergi kepada “Settings” dan cari pilihan “Google”, klik.
  • Klik “Search, Assitants & Voice” ➡ Klik “Accounts & Privacy”.
  • Skrol ke bawah hingga terlihat “SafeSearch filter” gerakan bebola biru ke kanan untuk bersetuju. Siap!

Apa-apa pun, penulis nasihatkan kamu menggunakan cara #1 dengan menetapkan CleanBrowsing ke dalam komputer dan gajet lain. Guna CleanBrowsing paling berkesan untuk menyekat laman-laman porno serta pelbagai lagi bahan lucah termasuk gambar dan video. 

Selamat beramal! ❤

RUJUKAN 1, 2, 3, 4

BACA  10 Sebab Kenapa Anda Patut Galakan Anak Miliki Haiwan Peliharaan