Muzik

“Periksa Jika Tiket Konsert Ed Sheeran Adalah Palsu” -PR Worldwide

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
“Periksa Jika Tiket Konsert Ed Sheeran Adalah Palsu” -PR Worldwide

Musim konsert melanda negara Malaysia.

Bulan April mendatang bakal menyambut kehadiran kali kedua penyanyi dari Britain iaitu Ed Sheeran yang akan melangsungkan konsert jelajahnya di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sumber: PR Worldwide

Seperti biasa, masalah yang sering melanda mana-mana pihak penganjur konsert yang melibatkan penyanyi popular dari luar negara adalah apabila ramai individu tidak bertanggungjawab membeli seterusnya menjual kembali tiket di platform-platform jualan atas talian untuk mengait keuntungan mudah.

Apa yang paling mengejutkan, baru-baru ini PR Wordwide selaku penganjur utama dan pengedar tiket sah konsert Ed Sheeran telah berjaya mengesan beberapa taktik licik penjual yang berani memasarkan tiket palsu.

Sumber: /Blogspot/Kyrel Eat World

Menurut kenyataan rasmi terkini dari pihak PR Worldwide, tiket konsert yang dikesan dijual kembali menerusi platform-platform jualan atas talian seperti Viagogo, Syubhub, Shopee, Carousell, Lazada, Facebook, Twitter, Instagram, Mudah, 11Street dan lain-lain adalah pada harga tertinggi iaitu tiga kali ganda daripada harga asal tiket. Ini menjadikan perkara itu langsung tidak beretika bahkan turut salah di sisi undang-undang sehingga bisa dikenakan tindakan.

“Orang cuba mengambil kesempatan dengan menjual kembali tiket-tiket konsert di pelbagai platform dan kami dapati semakin banyak TIKET PALSU dijual kepada pembeli. Ini termasuk tiket dengan kod bar (barcode) yang palsu serta tempat duduk yang tidak langsung wujud di lokasi konsert.”

“Kami ingin mengingatkan kepda pembeli bahawa Ed Sheeran serta krew konsert sangat tegas terhadap mana-mana pembeli yang membeli menerusi platform lain selain pengedar sah. Bagi menghentikan taktik kotor ulat tiket, pihak penganjur bersetuju bahawa hanya tiket rasmi yang tercetak nama pembeli sahaja diterima”. – PR WORLDWIDE

Memperketatkan lagi sistem kemasukan ke konsert dengan hanya menggunakan tiket atau pas masuk sah, pihak PR Worldwide turut memberitahu pembeli atau pengunjung konsert mungkin akan diminta menunjukan kad pengenalan -sama dengan nama yang tertera pada helaian tiket di pintu masuk stadium nanti.

Tonton Teaser Ed Sheeran The Stadium Tour Live in KL 2019

Sehingga kini, orang ramai yang berminat masih berpeluang membeli tiket konsert Ed Sheeran yang bakal mengegarkan negara pada 13 April nanti pada harga serendah RM98 hingga RM488. Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/PRWorldwide]. Tiket sah boleh dibeli secara atas talian [di sini].

Jom sama-sama kita banteras ulat tiket!

SUMBER 1, 2, 3

BACA  Lagu Bahasa Asing Pernah Cipta Fenomena Di Malaysia