Hiburan

Netizen Panas Hati Filem ‘Crazy Rich Asians’ Tak Tercalon Untuk Oscars 2019

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Netizen Panas Hati Filem ‘Crazy Rich Asians’ Tak Tercalon Untuk Oscars 2019

Dari memenangi anugerah di Critics’ Choice Award sehingga tercalon di Golden Globes, filem yang menaikkan martabat Asia terusan mendapat respon positif sejak ia ditayangkan pada bulan Ogos tahun lalu.

Tetapi selepas pengumuman pencalonan Oscars pada 22 Januari, nampaknya Crazy Rich Asians langsung tidak tercalon untuk mana-mana kategori. Keadaan ini mendatangkan kemarahan banyak peminat serta melahirkan rasa kecewa.

Rata-rata peminat dan penggiat filem berharapan filem arahan Jon M. Chu akan dicalonkan untuk filem terbaik, pelakon dan produksi reka bentuk kostum tapi sayangnya hampa mengundang… Bukan itu sahaja, ramai beranggapan aktres Michelle Yeoh akan tercalon untuk pelakon pembantu wanita terbaik di atas lakonan cemerlang sebagai Eleanor Young.

Kekecewaan mendesak para peminat meluahkan perasaan mereka di media sosial memandangkan filem itu cukup hebat dan diterima baik.

BACA  Penonton Keliru Zac Efron Jadi Watak Pembunuh Bersiri Adaptasi Kisah Benar

Apapun tahniah buat Netflix Roma dan The Favorite menerima pencalonan terbanyak di Oscars 2019. Siapa bakal bergelar filem terbaik, sama-sama kita nantikan Februari nanti.

RUJUKAN : 12