Ramai orang ingin ke Bali sama ada kerana menganggap tempat pelancongan popular Indonesia itu sebagai lokasi terbaik untuk berbulan madu mahupun kerana pemandangan pulaunya yang diserikan dengan warna-warni adat kuno.
Namun, tahukah kamu bahawa Bali juga merupakan tempat untuk kita meneroka keajaiban-keajaiban baharu yang lebih mempersona?
Terdapat sebuah kebun pohon kopi yang dipanggil Dewata Coffee Sanctuary di Bali yang meliputi kawasan 20,000 kaki persegi. Apa yang menarik tentang kebun kopi segar ini, ia sebenarnya terbentang indah dalam kafe Starbucks Reserve yang kini diiktiraf sebagai cawangan Starbucks terbesar di Asia Tenggara!
Memang indah nan permai, susun atur dalam kedai juga berkonsepkan moden kontemporari yang turut disertakan dengan perabot-perabot berasaskan kayu untuk aura kepulauan yang tidak lari dari sifat ke-Balian.
Pengunjung yang datang bukan sahaja dapat menikmati kopi yang dibancuh enak oleh kumpulan barista terlatih tetapi dalam masa yang sama, bisa juga menjelajah dan melawat sekitar Dewata Coffee Sanctuary yang berada dalam Starbucks tersebut untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana proses dari menuaian biji kopi hinggalah kepada pembancuhan serbuk kopi.
Tidak berhenti di situ, pengunjung yang terdiri dari pelacong luar dan tempatan boleh sama-sama masuk ke dalam nurseri pohon kopi untuk memetik sendiri biji kopi dan mencucinya!
Terletak di tingkat sebeah atas juga menempatkan rumah hijau yang tertanam pohon-pohon kopi subur.
Mungkin, ini adalah Starbucks paling cantik yang pernah kamu lihat seumur hidup. Kalau tak keberatan, bila ke Bali nanti, jangan lupa singgah ke kafe Starbucks yang terletak di daerah Seminyak ni okay?
Untung-untung boleh rakam sebanyak mungkin foto-foto Instagram-Worthy.