Dolce & Gabbana mungkin mempunyai Lady Kitty Spencer yang memeriahkan pentas peragaan ketika minggu fesyen 2018, Dior Homme juga tidak terkecuali mendapatkan khidmat golongan bangsawan berjalan ketika pembentangan koleksi fesyen mereka. Siapakah yang dimaksudkan?
Perkenalkan Prince Nikolai (Nikolai William Alexander Frederik) of Denmark yang tular ketika berjalan untuk rumah fesyen Dior. Siapa sangka kemunculannya mendapat tumpuan dunia malah menjadikan beliau putera raja kegilaan para gadis remaja masa kini. Orangnya tinggi lampai, kurus, bermata hijau dan berambut kerinting, siapa yang tak terpaut melihat anak muda ini.
Jom Kenalinya…
#1 Dikenali sebagai Prince Nikolai dilahirkan di Copenhagen pada 28 Ogos 1999. Sedang menuntut di Royal Danish Army Sergeant School.
#2 Beliau adalah anak lelaki Prince Joachim dan bekas isteri Alexandra, Countess of Frederiksborg yang dilahirkan di Hong Kong dan cucu tertua Queen Margrethe. Ibu bapanya bercerai pada tahun 2005, Prince Nikolai mempunyai tiga adik-beradik – Prince Felix, Prince Henrik dan Princess Athena dari perkahwinan bapanya dengan Princess Marie.
#3 Walaupun Nikolai adalah individu keenam dalam barisan takhta, beliau telah membuat nama dalam dunia pemodelan. Setelah menandatangani dengan Scoop Model agensi pada awal tahun 2018, Prince Nikolai debut untuk jenama fesyen Burberry di London Fashion Week, di mana beliau berjalan bersama Cara Delevingne.
#4 Kemudian pada bulan Jun tahun lepas, Prince Nikolai debut pula di Dior Homme bagi koleksi pakaian lelaki. Berjaya mengagumkan Dior, beliau muncul dalam kempen pakaian lelaki pada bulan Oktober.
#5 Bapanya, Prince Joachim berkata keluarga tidak memaksa Nikolai melakukan tugas rasmi dan sekadar membiarkan anak muda itu dengan perancangannya sendiri.
Dari kerinting sehingga lurus, rasanya semua gaya rambut sesuai untuk si Prince Nikolai ni…