Hiburan

Syarikat Hiburan Korea Debut Kumpulan Kpop Disertai Ahli Berbangsa India!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Syarikat Hiburan Korea Debut Kumpulan Kpop Disertai Ahli Berbangsa India!

Sudah terbiasa kita melihat orang berbangsa Thailand merantau hingga ke Korea Selatan semata-mata mahu mengejar impian sebagai selebriti Kpop ternama seperti Lisa Blackpink dan Nickhun 2PM.

Terbaharu sebuah syarikat rakaman di Korea Selatan ini tampil dengan sesbuah kelainan apabila muncul dengan kumpulan Kpop kebangsaan pertama disertai pelbagai ahli yang dipilih rambang dari seluruh pelusuk Asia!

Diasaskan oleh Ketua Pengarah Eksekutif Zenith Media Contents, Jun Kang, menerusi Z-POP DREAM Project, beliau sekitar hujung minggu sudah dengan bangganya memperkenalkan dua kumpulan Kpop baharu yang dipanggil “Z-Girls” dan “Z-Boys”.

Enam orang gadis berbakat yang menyertai kumpulan “Z-Girls” adalah termasuk Bell, Carlyn, Joanne, Priyanka, Queen dan Vanya. Namun begitu menurut laporan yang ditulis Next Shark, seorang lagi ahli kumpulan Kpop ketujuh masih lagi menjadi rahsia dan belum diumumkan pihak Zenith Media Contents.

Ahli-ahli kumpulan Z-Boys dan Z-Girls. Sumber: Next Shark

Bagi kumpulan Kpop lelaki yang diberi nama “Z-Boys” itu pula, ahli yang terpilih adalah Blink, Josh, Mavin, Perry, Roy dan Sid.

Untuk pengetahuan semua, mereka ini telah dipilih secara rambang menerusi bakat-bakat mereka yang diketengahkan semasa uji bakat bahkan, ada antaranya sebelum ini pernah menjadi viral di media sosial.

Seperti salah seorang ahli kumpulan “Z-Girls” iaitu Cralyn, dia memang pandai menari dan dikenali menerusi penyertaannnya dalam kumpulan tarian B FORCE -yang popular kerana sering membuat cover tarian yang ditiru dari video-video muzik lagu Kpop.

Tonton Carlyn Menari Tarian “Momoland BBoom BBoom”

Meskipun belum ada kenyataan rasmi dari Zenith Media Contents, ramai peminat sudah boleh mengagak bahawa Bell adalah berbangsa Thailand, Carlyn dari Filipina, Jonne dari Taiwan, Priyanka dari India, Queen darii Vietnam dan Vanya dari Indonesia.

Namakala bagi kumpulan “Z-Boys” antara ahlinya seperti Roy adalah dari Vietnam, Mavin dari Indonesia, Josh dari Filipina, Blink dari Thailand,Perry dari Taiwan dan Sid dari India.

Menurut sumber lagi, kedua-dua kumpulan Kpop kebangsaa baharu ini akan tampil dalam konsert pertama mereka digelar “Z-Pop Dream Live In Seoul” pada 23 Februari akan datang.

BACA  Didakwa Jadi "Bapa Ayam", BigBang Seungri Umum Bersara

Untuk itu, sama-samalah kita lihat sejauh mana kedua-dua kumpulan Kpop ini boleh pergi dalam memasarkan muzik mereka di persada hiburan dunia setanding bakat-bakat Kpop yang sudah sedia ada okay?!

Selamat maju jaya Wanista ucapkan.

SUMBER