Meghan Markle, isteri kepada Putera Harry sekarang ini sedang sarat mengandung.
Bergelar ikon wanita menjadikan bekas pelakon ini sering menjadi tumpuan rakyat. Penampilannya from head to toe akan diperhati – yang buruk dikritik, yang cantik dipuji. Lebih-lebih lagi ketika sedang sarat mengandung ketika ini, semuanya mendapat perhatian.
Ini antara gaya Meghan Markle yang paling Wanista suka dan tak boleh move on!
#1 Ketika melakukan tour ke Australia, Meghan mengenakan dress putih dari Karen Gee.
#2 Meghan melakukan kejutan menghadiri British Fashion Awards dalam sepersalinan dress ‘off-the-shoulder’ hitam dari fabrik baldu yang cukup menyerlahkan lagi seri mengandung.
#3 Semasa lawatannya ke Fiji, Meghan memakai dress bercorak bunga dari Figue, sepadan dengan Harry dalam baju kemeja Hawai.
#4 Penulis cukup gemar gaya Meghan yang satu ini. Meghan memilih dress berjalur hijau tua dari Martin Grant semasa melawat kameran di Tonga.
#5 Nak tahu dress paras lutut rona krim ini dari H&M. Harga berpatutan untuk dimiliki.
#6 Kalau tadi H&M. Untuk hari yang sama juga, Meghan Markle menukar ke dress sequin dari Roland Mouret yang khabarnya berharga $5,595.
#7 One go my favorite! Meghan mengenakan shirtdress denim ketika melawat Nuku’alofa, Tonga.
#8 Dah sarat masih mampu pakai tumit tinggi. Hebat tau…
Orang kalau dah cantik, pakai apa sahaja pun cantik…