Cinta & Perhubungan

Bukan Jual Mahal, Tapi Ni Alasan Perempuan Takut Jatuh Cinta

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Bukan Jual Mahal, Tapi Ni Alasan Perempuan Takut Jatuh Cinta

Cinta adalah perasaan yang tidak dapat diramalkan. Cinta boleh mengubah hidup seseorang, kerana cinta seseorang merasa gembira, kerana cinta juga orang lain boleh merasa sangat sedih, kecewa dan patah hati.

Tapi bagaimana pula dengan perempuan yang takut jatuh cinta. Di saat teman mereka sudah menemui teman hidup, individu ini lebih betah tanpa teman, lebih senang meneruskan hidup tanpa gangguan. Walaupun ada lelaki cuba mendekati, tidak mudah baginya membuka pintu hati. Sebenarnya bukan jual mahal, tapi disebabkan “INI”, kaum hawa terlalu takut untuk jatuh cinta.

Takut Kecewa

Alasan pertama mengapa perempuan takut jatuh cinta adalah kerana mereka takut akan perasaan kecewa. Kekecewaan yang berlaku pada masa lalu menjadikannya sangat berhati-hati untuk membuka pintu hatinya semula. Kegagalan cinta masa lalu menjadikannya trauma untuk jatuh cinta lagi.

Tumblr

Takut Akan Penolakan

Ya, disebabkan rasa takut bila saat ditolak. Mereka jadi takut cintanya akan ditolak, apatah lagi jika tidak mendapat berkat dari kedua keluarga. Ketakutan ini menjadi lebih besar apabila si perempuan menyedari bahawa terdapat banyak kekurangan dalam dirinya, terutama kekurangan fizikal.

Tiada Lagi Kebebasan

Sebenarnya mereka bimbang jika selepas mempunyai hubungan atau komitmen dengan seseorang, mereka tidak lagi mempunyai banyak masa bersendirian dalam melakukan hobi harian, takut kerjayanya akan terhenti, takut tidak lagi gembira disebabkan pasangan akan menyekat gaya hidupnya.

Foto – vitality living college

Ada Prioriti Lebih Penting Daripada Cinta

Bagi sesetengah perempuan, mereka takut jatuh kerana ada keutamaan yang lebih penting dalam hidupnya. Keutamaan ini boleh menjadi hal keluarga atau ibu bapa, kerjaya dan pendidikan. Perempuan sebegini adakalanya terlalu malas untuk berurusan dengan cinta atau mempunyai hubungan cinta yang serius. Bagi mereka, cinta adalah perkara suci, selepas jatuh cinta, mereka berharap cinta itu adalah cinta pertama dan terakhir untuknya.

Apapun yang dikatakan, adakah kamu setuju dengan kenyataan ini? Suarakan pendapat dengan team Wanista…

BACA  Tanda Seseorang Masih Tak Maafkan Kamu... Walau Mereka Kata Sebaliknya