Mesti ramai bakal ibu akan teruja dengan berita kehamilan. Langkah pertama ialah dengan menyemak menggunakan kit ujian kehamilan. Ia mengira hormon wanita dalam badan dan biasanya digunakan untuk ujian yang pertama sebelum si ibu berjumpa dengan doktor.
Tapi tahukah anda terdapat pelbagai jenis kit ujian kehamilan?
Kalau anda mahu keputusan yang tepat ialah dengan melakukan ujian selepas seminggu waktu haid yang tidak datang.
Jenis-jenis ujian kehamilan yang terdapat ialah:
#1 (HPT) Home pregnancy tests
Ini yang biasa orang tayang di media sosial, iaitu alat pengesan yang menggunakan air kencing untuk mengesan hormon (hCG). Hormon ini hanya terjadi apabila wanita mengandung. Cara menggunakan kit ini amat mudah, hanya perlu titiskan air kencing pada tiub dan tunggu sekurang-kurang 10 minit untuk mengetahui keputusan.
Namun tidak semua keputusan adakah tepat, jadi ada yang mancadangkan supaya pengguna melakukan ujian sebanyak dua kali. Ini kerana ada ketika kadar hormon hCG sangat rendah dan sensitif. Walaupun penggunaan kit ini mudah namun anda masih perlu mengikut arahan yang tersedia di kotak produk.
#2 Ujian darah
Ujian ini hanya dilakukan di ujian makmal klinik untuk mengesan hCG, melalui dua jenis ujian iaitu qualitative hCG atau quantitative hCG.
Kenapa kena uji dengan darah? Jika anda mahu kepastian yang lebih tepat, ujian ini adalah yang terbaik. Doktor boleh melakukan ultrasound secara berulangkali pada hCG untuk beberapa hari. Ujian darah mengambil masa yang lebih lama dan kadar caj yang mahal berbanding ujian air kencing.
Sebenarnya untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik dan memuaskan hati, Wanista cadangkan anda untuk melakukan ujian air kencing di klinik.
Selamat beramal!