Kesihatan

Seminit Pun Rasa Lama! Ni Sebab Kamu Tak Tahan Buat Plank

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Seminit Pun Rasa Lama! Ni Sebab Kamu Tak Tahan Buat Plank

Artikel penulis tentang senaman plank sebelum ini telah mendapat perhatian ramai. Agaknya memang ramai yang ambil inisiatif untuk melakukan plank daripada bersenam cara biasa. Baca: 10 Senaman Plank Untuk Anda Yang Malas Bergerak

Senaman yang nampak mudah ini sangat bagus kerana ia memperbaiki keseimbangan, postur badan dan teras terutamanya pada bahagian abdomen. Kalau siapa ingin perut kempis, plank adalah salah satu rutin yang perlu anda lakukan. Tapi terus terang penulis beritahu, plank nampak senang tapi ia sebenarnya sangat menyakitkan.

Tidak semua orang mampu bertahan untuk selama satu minit pun! Bila buat plank baru anda akan tahu betapa lamanya 10 saat itu. Agaknya kenapa anda tak boleh tahan untuk meniarap tegak? Paling banyak alasan yang diterima ialah badan rasa berat, sakit pada bahagian perut dan tak larat.

Mari kita sama-sama rungkai, kenapa anda tak larat nak habiskan seminit untuk lakukan plank?

Mungkin anda salah postur

Rata-rata yang cepat mengalah ketika plank kerana mengadu sakit dibahagian bahu, perut dan tulang belakang. Berkemungkinan rasa pedih atau mencengkam itu kerana adalah salah langkah dan postur ketika meniarap. Cuba perbaiki terlebih dahulu dan dapatkan arahan dari jurulatih yang lebih arif tentang plank. Jangan cuba memandai-mandai buat sendirian. 

Foto – LIvestrong.com
Sakit otot

Sakit dibahagian otot abdomen sebagai contoh adalah kesan biasa dari aktiviti plank. Otot akan mulai terasa sakit sejurus 24 jam hingga 48 jam. Jangan terlampau risau dengan kesakitan, ia menunjukkan plank yang anda buat memberi kesan untuk abdomen. Paling penting cuba lakukan secara perlahan-lahan dan bukan secara terpaksa. 

Foto – Verywell Health
Sesak nafas

Mungkin ada diantara anda akan mengalami sesak nafas atau nafas tercungap-cungap ketika plank. Ini kerana anda terlalu ghairah dan tidak rileks. Lakukan plank dengan langkah ini, tarik nafas panjang melalui hidung. Sambil tarik nafas, tarik otot abdomen, punggung dan kaki.

RUJUKAN 1 & 2 

BACA  Tak Suka Senyum Berkait Dengan Masalah Mental?