Dekorasi

Bila Tak Ada Bajet Beli Sofa, Duduk Atas Lantai Pun Buat Rumah Cantik!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Bila Tak Ada Bajet Beli Sofa, Duduk Atas Lantai Pun Buat Rumah Cantik!

Selera orang ini berbeza-beza, ada yang suka gaya hidup mewah, ada juga yang memilih untuk menginap dalam kediaman yang serba ringkas. Baru-baru ini, penulis sebenarnya hairan apabila ada seorang saudara ini menyatakan yang dia tak gemar duduk di atas sofa. Katanya lebih selesa bersila dan ‘melepak’ di lantai.

Eh… bukankah keadaan fizikal sofa itu lebih empuk dan buat kita semua selesa untuk duduk dalam jangka masa panjang? Macam-macam perangai pula kan.

Tonton Tutorial Bina Tempat Duduk Guna Palet Kayu + Tilam Single

Terfikir juga cara bagaimana orang yang termasuk dalam geng ‘anti-sofa’itu mahu menghias rumah… Buat semua yang memilih lantai daripada sofa, ini tips terbaik merias rumah secantik-cantiknya biarpun tanpa set sofa.

#1 Ikut Gaya Tatami

Jepun sangat terkenal dengan budaya mereka yang tidur dan duduk di atas lantai sambil beralaskan tatami. Tatami secara amnya adalah kusyen atau tikar yang diperbuat daripada sumber jerami mahupun buluh. Kalau ralat hendak membeli permaidani kerana terlalu malas untuk membersihkannya selalu, boleh hamparkan tikar tatami untuk dijadikan tempat melepak di ruang tamu.

Sumber: Amazon

Tambahkan juga satu dua kerusi rotan tatami yang dilengkapi penyandar ni, pasti comel untuk rumah kecil seperti apartmen dan pangsapuri.

#2 Hamparan Permaidani Menarik

Bila tiada sofa untuk memeriahkan keadaan dalam ruang tamu, keluarkan sedikit bajet untuk beli permaidani cantik. Cukup dengan hamparan yang ringkas serta taburan kusyen empuk untuk dibuat peluk. Kamu pasti kagum dengan hasil hiasan dalaman ala zaman Hippie ini.

Sumber: Photopage.info

Tapi perlu diingat, tempat melepak sebegini harus divakum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali seminggu tau. Takut nanti hama membiak dan mungkin menyebabkan kegatalan pada kulit.

#3 Bantal Punggung Gergasi 

Boleh cari di mana-mana kedai menjual perabot atau barangan rumah seperti Kaison umpamanya atau AEON di bahagian perhiasan rumah. Untuk elak punggung mula kematu saat duduk lama di atas lantai, kamu sebenarnya bisa alas punggung dengan bantal gergasi sebegini.

Sumber: helloblondie.co

#4 Kayu Palet

Benar kamu on a tight budget? Upah sahaja orang atau beli palet kayu sebegini di mana-mana kedai tukang kayu untuk dijadikan tapak tempat duduk. Dengan menggunakan kreativiti kamu kemudian, boleh alas dengan selimut tebal, permaidani berbulu serta taburan kusyen agar kelihatan lebih meriah dan mengundang keselesaan buat si penghuni. Cun ke tidak?!

Sumber: Pinterest

#5 Manfaatkan “Poufs” Comel

Poufs adalah nama panggilan yang digunakan untuk merujuk kepada kusyen empuk yang lazimnya berbentuk bulat -dibuat letak tempat kaki seperti di dalam gambar. Namun, kerana rekaannya yang versatile, kamu sebenarnya boleh memanfaatkannya sebagai bangku, sesuai buat yang gemar duduk atas lantai tetapi mahu keadaan lebih selesa agar tak sakit pinggul nanti.

Siapa kata bajet “ciput” tak boleh ada rumah cantik? Sekurang-kurangnya, orang yang memiliki rumah kecil pun boleh jimat ruang jika tak guna sofa kan…

BACA: Tak Ada Katil, Tak Ada Hal! 10 Idea Cantik Letak Tilam Atas Lantai

Selamat beramal! ❤

RUJUKAN 1, 2, 3

BACA  Rumah Agam Kim Kardashian Bikin Bulu Roma Meremang