Selepas berbulan menyepi, ratu Instagram Selena Gomez akhirnya membuat kemunculan semula paling cool dengan mengenakan set denim bersama sepasang sneakers Puma Cali.
Menerusi kapsyen, Selena akan kembali dengan lebih banyak projek tahun 2019 yang akan dikongsi bersama peminat. Terkini, Selena model untuk koleksi sneakers PUMA DEFY TZ sempena tahun baru ini.
DEFY TZ barisan baru untuk seleksi wanita menampilkan idola kesayangan Selena Gomez sebagai model dalam gaya yang lebih berani, stail, seksi dan lari dari konsep tradisional.
Siluet kasut sukan yang memaparkan platform unik serta mencabar standard kasut sukan yang biasa, DEFY TZ dibina untuk memberi keselesaan dengan menyediakan kusyen paling berkualiti serta ringan.
Menambahbaikan prestasi kasut sukan, DEFY TZ juga masih mengimbangkan gaya dan stail. Memilih bintang genit Selena Gomez kerana aspek kesungguhan, keikhlasan dan keberanian yang dimilikinya. Dengan jadual yang penuh, wanita ini masih cekal memenuhi hari dengan pantas dan dedikasi sepanjang hari.
Tiru gaya Selena Gomez dalam menakluki dunia dengan sempurna bersama sepasang DEFY TZ!
DEFY TZ sudah tersedia di PUMA.com dengan harga runcit RM 489 sahaja.