Kunci untuk memperbaiki kulit adalah dengan memastikan ianya bebas dariapda serangan jerawat serta masalah kulit berminyak. Namun begitu, bukan mudah untuk kita mengawal penghasilan minyak muka, sekaligus menjauhkan kulit dari kemunculan jerawat yang kadang-kala tidak terkawal mengikut hormon.
Untuk itu, Medicube yang merupakan jenama rangkaian kecantikan derma dari Korea Selatan ini begitu tepat untuk kamu yang berjerawat.
Buat pertama kalinya, jenama ini melancarkan gerai pop-up seluas 260 kaki persegi di pusat membeli-belah One Utama untuk memperkenalkan ia secara lebih terperinci buat para pengunjung. Namun sayangnya, ia sudah pun berakhir beberapa hari lalu di mana, ia cuma berlangsung selama seminggu dari 8 hingga 13 Januari lalu.
Apa yang menarik, Medicube juga telah membahagikan rangkaian produknya di bebrapa stesen berasingan mengikut fungsi agar pengguna mampu mempelajari dan memahami keberkesanan produk secara ideal. Ini adalah termasuk Red Line (untuk kulit sensitif berjerawat) dan Zero Line (untuk kulit berpori dan kasar berjerawat).
Di suatu sudut, Medicube turut menyediakan zon “Learn Your Skin” untuk orang ramai mengenal pasti kondisi kulit mereka yang dikelolakan pakar kulit sebelum memilih mana-mana produk atau rangkaian Medicube yang bersesuaian.
Apa-apa pun bagi yang tidak berpeluang, boleh cubadapatkan produk Medicube di Guardian seluruh Malaysia. Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/Medicube-Malaysia] atau lawat laman sesawang rasmi Medicube Korea di [en.themedicube.co.kr].