Acara

18 Gadis Terpilih Sebelum Dinobat Juara Wakili Malaysia Ke Miss Universe 2019

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
18 Gadis Terpilih Sebelum Dinobat Juara Wakili Malaysia Ke Miss Universe 2019

Untuk menjadi ratu cantik bukanlah sekadar kesempurnaan fizikal menjadi kayu pengukur semata bahkan, sifat keperibadian diri serta kebijaksaan individu turut diberi keutamaan dalam pemilihan kriteria untuk bergelar Miss Universe Malaysia.

IKLAN

Bagi tahun ini, 18 gadis finalis terpilih untuk menyertai bootcamp khas yang dianjurkan oleh Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) untuk melihat daya tahan serta kekuatan para peserta sebelum beberapa orang peserta terbaik dibawa ke peringkat akhir bagi dinobatkan sebagai juara Miss Universe Malaysia 2019 -seterusnya mewakili Malaysia ke kejuaran ratu cantik kebangsaan di Miss Universe 2019 nanti.

Siapa sangka, peserta termuda untuk kejuaraan Miss Universe Malaysia 2019 adalah baru berusia 19 tahun bernama Chai Xin Tze atau lebih mesra disapa sebagai Christine dari Kuala Lumpur.

Senarai penuh peserta adalah seperti berikut:-

Sumber: MUMO
  • Cassandra Devi Jeremiah (Cassie), 26
  • Chai Xin Tze (Christine), 19
  • Chan Hui Ting (Rebecca), 25
  • Elaine Audrey Lee, 27 
  • Kueh Yong Jun (Jean), 26
  • Lee Su Hsien (Su Lee), 25
  • Michelle Jeyabalan, 26
  • Naveesyaah Kumar, 22
  • Nikita Menon, 23
Sumber: MUMO
  • Rishon Shun, 25
  • Saroopdeep Kaur Bath (Saroop Roshi), 21
  •  Shwetajeet Kaur (Shweta Sekhon), 22
  • Soniyah Kumaresan, 26
  • Tan Yee Ying (Rebecca), 26
  • Tanushia Devi Paransothy, 24
  • Tessminderjit Kaur, 23
  • Thunisah Devi, 24
  • Yaw Hui Jing, 25

Boleh tonton perjalanan 18 gadis ini berentap dalam merebut gelaran Miss Universe Malaysia 2019 menerusi siri web bermula 8 Februari 2019 di [hurr.tv] setiap hari Jumaat hingga Ahad. Manakala, ia turut akan dipancarkan menerusi saluran Youtube rasmi Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) [DI SINI].

Pertandingan akhir pencarian Miss Universe Malaysia 2019 akan dilangsung di The Majestic Hotel Kuala Lumpur pada 7 Mac akan datang. Juara bakal membawa pulang hadiah tajaan berjumlah RM180,000 termasuklah biasiswa pendidikan penuh dari HELP University.

Penaja utama Miss Universe Malaysia 2019 adalah Auto Bavaria dan Malaysia Airlines Berhad (MAS).

Untuk keterangan lanjut, sila klik [missuniversemalaysia.com.my].

IKLAN