Wanita mana sahaja yang tak pernah menyentuh maskara? Umumnya maskara adalah item selekan must have bangi kebanyakan wanita yang mendambakan hasila riasan mata cantik sekaligus membuatkan bulu mata berpenampilan lebih lebat dan panjang seolah memakai bulu mata palsu!
Namun begitu, seberapa kenal kamu dengan jenis-jenis berus pada maskara? Untuk penjelasan lanjut, jom baca artikel ringkas Wanista.
#1 Berus Gebu Membulat
Sikat maskara dengan berus tebal dan membulat sebegini sesuai buat mereka yang sudah sedia memiliki bulu mata panjang dan melentik. Ia berupaya membuat mata terlihat lebih galak di samping membuka saiz mata kecil tampak lebih besar.
#2 Berus Kurus Melidi
Sesuai buat mereka yang memiliki bulu mata pendek kerana ia mampu menyaluti bulu mata kamu lebih rapi secara menyeluruh dari hujung ke hujung sekaligus, buat bulu mata terlihat lebih banyak. Bahkan risiko untuk solekan mata kamu comot juga kurang kerana bentuknya sesuai benar dengan volume bulu mata kamu.
#3 Berus “Hourglass”
Berus maskara kamu adalah gebu namun memiliki pinggang seperti di dalam gambar? Nah, ini sangat bersesuaian buat mereka yang memiliki bulu mata yang “hidup segan, mati tak mahu”.
Kalau bulu mata kamu sedikit dan kedudukannya jarang-jarang, boleh guna berus jenis ini kerana bahagian yang panjang akan dapat menjangkau bahagian bulu mata yang panjang manakala bahagian berus ramping akan mencapai bahagian bulu matang yang pendek.
#4 Berus Jenis Plastik/Silikon
Bagusnya menggunakan berus maskara jenis plastik sebegini adalah ia akan merata lebih cepat pada bulu mata. Risiko untuk bulu mata jadi bergumpal adalah kurang. Namun begitu, cecair maskara akan lambat kering kerana berusnya tidak berserat untuk menapis lebihan maskara.
#5 Berus Tirus
Untuk mendapatkan riasan bulu mata yang sempurna, MUA galakkan kita untuk menggunakan berus maskara yang berbentuk tiru ini. Bahagian tebal berus akan tambah kelebatan bulu mata manakala bahagian tirusnya pula untuk merapatkan bulu mata jarang.
#6 Berus Bola
Selain mampu mengembangkan bulu mata pada ekor mata untuk efek “cat eyes”, Spike Ball Brush ini mesra untuk semua jenis bulu mata dan ia lazimnya hadir dalam botol maskara bersaiz mini. Sesuai diguna pada bulu mata yang tumbuh sekitar hujung mata!
Sekarang dah tahu berus maskara mana yang paling sesuai dengan kamu?
Selamat beramal! ❤