Korea Selatan sekarang sedang mengalami cuaca musim sejuk, adakalanya boleh menjangkau dua angka negatif (Celsius).
Tapi itu tidak menghalang pengacara cantik untuk berpakaian seksi ketika mengacarakan sesi karpet merah di Seoul Music Award yang berlangsung semalam.
Sepanjang karpet merah yang dijalankan di luar dewan, Han Choim elegan dan seksi memakai dress jarang yang menampilkan sulaman bunga dan selendang berbulu di bahu. Menjadi bahan kecaman netizen kerana sheer dress jarang jelas mempamerkan bodysuit rona nude sekaligus menampakkan potongan badan dan kulitnya yang cerah itu.
Keadaan itu membangkitkan kemarahan netizen yang menganggapnya “terlalu mendedahkan”, “keterlaluan”, “tidak wajar” serta pelbagai lagi kata-kata hinaan.
Walaupun netizen tidak puas hati, Han Choim ternyata gembira kerana menjadi buah mulut. Dia mendedahkan dalam temu bual bahawa dia sendiri yang mengubah pakaian dan tidak menyesal memakainya.
“Saya secara peribadi yang menyediakan dress seksi itu. Saya mengubah suai dan membeli selendang secara berasingan untuk menyesuaikannya. Saya tidak tahu ia akan mendapat begitu banyak perhatian kerana terdapat begitu banyak pakaian yang cantik dan saya langsung tidak terkenal.
“Saya bersyukur dan gembira mendapat perhatian begitu walaupun agak keras. Saya bersyukur ia menjadi isu kerana kami hanyalah sebuah team yang kecil,” jelasnya senang hati.
Macam mana dia boleh pakai dress macam tu sekali? Tak sejuk ke? Seriously tempah maut…