Secara tiba-tiba hangat di media sosial, netizen memperkatakan si kacak manis Harry Styles dikaitkan dengan model Jepun Kiko Mizuhara. Kait yang bagaimana? Disatukan dalam video muzik atau membintangi iklan? Mereka berdua dikatakan sedang hangat bercinta.
Styles dan Mizuhara dilaporkan mengikuti satu sama lain di Instagram baru-baru ini, dan menurut tabloid itu bermakna mereka berdua mengenali satu sama lain dan mempunyai hubungan mesra. Jejaka 24 tahun itu didakwa kerap terbang ke Tokyo beberapa bulan lalu, di mana merupakan tempat tinggal Kiko Mizuhara. Pelik…
Kiko Mizuhara tampil menafikan laporan khabar angin media antarabangsa malah menegaskan mereka tidak pernah bertemu.
Tweetnya dalam bahasa Jepun diterjemahkan;
“Ia telah dilaporkan bahawa Harry Styles dan saya mempunyai hubungan, tetapi ia sama sekali tidak betul dan saya tidak pernah bertemu dengannya… Orang percaya apa yang mereka mahu percaya bukannya mempersoalkan realiti.”
https://twitter.com/kikoxxx/status/1084644704732426240?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1084644704732426240&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.refinery29.com%2Fen-us%2F2019%2F01%2F221557%2Fharry-styles-new-girlfriend-rumors-kiko-mizuhara
Mizuhara menyatakan kerana khabar angin itu, dia telah menerima beberapa tamparan hebat daripada peminat Styles yang kurang senang dengan gosip tersebut.
https://twitter.com/kikoxxx/status/1084647776531636224?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1084647776531636224&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.refinery29.com%2Fen-us%2F2019%2F01%2F221557%2Fharry-styles-new-girlfriend-rumors-kiko-mizuhara
Aduhai kenapalah boleh jadi sebegini? Susah jadi artis, nak follow orang dikatakan bercinta…