Makanan

Alasan Kamu Kena Mulakan Pagi Dengan Halia Setiap Hari

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Alasan Kamu Kena Mulakan Pagi Dengan Halia Setiap Hari

Beribu-ribu tahun, pakar penyembuhan di Arab, India, dan China menggunakan halia sebagai makanan dan juga tujuan perubatan. Tumbuhan tropika, dalam keluarga botani yang sama seperti kunyit dan buah pelaga, telah digunakan dengan berkesan untuk melegakan rasa loya dan muntah yang disebabkan oleh penyakit dan mabuk laut.

Penyelidikan moden kemudian mengesahkan bahawa halia membantu mengurangkan loya dan muntah daripada pelbagai punca: morning sicknesschemotherapy, dan mabuk. Bahkan ada kajian menunjukkan halia merupakan ubat yang diiktiraf dengan enam lagi kuasa penyembuhan seperti:

Foto – digital.vpr.net
  1. Mengurangkan kesakitan dan keradangan, menjadikannya berharga dalam menyembuhkan artritis, sakit kepala, dan senggugut.
  2. Mempunyai kesan pemanasan dan merangsang peredaran.
  3. Menghalang rhinovirus, yang boleh menyebabkan selesema.
  4. Menghalang bakteria seperti Salmonella, yang menyebabkan cirit-birit, dan protozoa seperti Trichomonas.
  5. Dalam saluran usus, ia mengurangkan gas dan kekejangan yang menyakitkan.
  6. Boleh mencegah ulser perut yang disebabkan oleh ubat anti-radang bukan steroid, seperti aspirin dan ibuprofen.

Teruskan membaca nutuk memanfaatkan halia setiap pagi.

Secawan kopi bersama halia setiap pagi

Foto – Hidden Garden Agriculture

Kopi dan halia merupakan satu kombo radikal bebas yang kuat, terutamanya kerana kopi adalah salah satu sumber antioksidan terbesar. Untuk mendapatkan minuman superfood setiap pagi, tambahkan halia (sekurang-kurangnya 1 sudu teh setiap cawan). Kombinasi kopi dan halia bukan sahaja memberi rasa yang pedas, berlemak dan lazat, tetapi ia juga boleh membantu pencernaan.

Teh halia untuk dos vitamin c

Foto – NellieBellie

Teh halia adalah minuman popular untuk memanaskan badan di kala musim sejuk. Bukan sahaja hangat, ia juga boleh membantu melegakan perut yang senak. Secawan teh panas pada waktu pagi sangat membantu dalam menghilangkan rasa loya atau bakal ibu yang alami morning sickness ketika kehamilan. Anda boleh membuat sendiri teh halia, biarkan tawar atau tambahkan gula sebagai penambah rasa.

Jem halia

Foto – Dinner With Julie

Asyik jem strawberi, kiwi, oren, sesekali cuba pula jem halia. Walaupun pelik tapi ia satu pilihan yang lebih sihat. Sama ada membelinya atau membuat sendiri – caranya sama saja seperti membuat jem biasa hanya gantikan saja dengan halia. Jem halia sedap dimakan dengan roti bakar atau biskut.

Smoothie untuk melawan bakteria

Foto – Food Babbles

Selain diminum, smoothie halia juga boleh dijadikan sebagai penambah rasa, contohnya salad dressings. Ia mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, dari meningkatkan metabolisme kepada melawan bakteria. Halia juga amat baik untuk merawat kesakitan akibat senaman dan juga kekejangan haid.

Semangkuk granola untuk faedah anti-radang

Foto -Cocoon Cooks

Semangkuk granola yang kaya dengan serat adalah pilihan sarapan pagi yang mudah. Tetapi menambah aroma, granola halia pedas ke dalam campuran akan menjadikannya lebih baik. Parut 1 inci halia dan campurkan dengan madu atau minyak kelapa cair, kemudian taburkan ke atas mangkuk sarapan anda. Menambah halia pada semangkuk granola menyediakan beberapa faedah anti-radang, terutama si penghidap Rheumatoid Arthritis.

Fakta Rheumatoid Arthritis – Satu penyakit autoimmun yang melibatkan sistem muskuloskeletal di mana terdapat radang kepada sendi-sendi. Ini menyebabkan sendi-sendi menjadi bengkak, sakit dan kaku. Lama-kelamaan jika penyakit ini tidak dirawat, sendi-sendi akan menjadi rosak dan hilang keupayaan.

Sekarang tiada alasan untuk tidak mengamalkan halia setiap pagi. Semoga beberapa cara di atas boleh korang praktik untuk mendapatkan manfaat halia.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 1234

BACA  Sedia? Cafe Peminat EXO Pertama Malaysia Bakal Buka Di Kuala Lumpur