Fesyen

Bosan Asyik Lepaskan Rambut, Tiru 5 Stail Dandanan Rambut Blackpink Jennie

Malisa Aina
/
I'm into foodies, sneakers, spotify, netflix, lipsticks.
Bosan Asyik Lepaskan Rambut, Tiru 5 Stail Dandanan Rambut Blackpink Jennie

Blackpink Jennie…

Dia pastinya bukan lagi Solo (pada yang tidak tahu, Jennie merupakan kekasih hati EXO Kai). Tak percayakan? Rasanya itu merupakan gosip paling mengejutkan buat masa ini. Terfikir bila masa mereka mula bertukar nombor dan dating? Aaahhh…. So sweet!

Selain miliki fashion sense, gadis 22 tahun ini acapkali mengenakan dandanan rambut paling cantik, stail dan on-trend. Lihat sahaja setiap persembahannya di music show ketika mempromosikan single Solo, kita yang melihat cemburu dengan setiap gayanya.

Paling Wanista berkenan ialah 5 hairdos paling comel si gadis ceria dan fun boleh tiru… malah untuk yang bosan acapkali melepaskan rambut.

#1 Cuba tiru stail half-pony seperti Jennie. Nak nampak manis, cuba gunakan reben dari warna-warna ceria dan lagi cantik rambut dikerintingkan untuk effect seksi menggoda.

View this post on Instagram

What

A post shared by J (@jennierubyjane) on

#2 Kalau tadi seksi, sekarang berimej fun dan ‘gila-gila’ dengan gaya ikatan pigtail pula. Ada berani?

View this post on Instagram

우리 벌써 내일이 마지막.. see you tomorrow blinks 🌹

A post shared by J (@jennierubyjane) on

#3 Rasanya sekarang memang tengah trend meletak klip rambut di sudut tepi seperti yang dilakukan Jennie. Bukan satu tapi lima klip. Cantik pula tengok.

#4 Alahai ayunya Jennie dengan stail sanggul tepi. Sesuai untuk menghadiri majlis kahwin, simple but sweet.

View this post on Instagram

for blinks by lisa

A post shared by J (@jennierubyjane) on

#5 Paling senang cuba ikatan top knot. Ianya akan menyerlahkan imej selamba dan bebas.

View this post on Instagram

🦋

A post shared by J (@jennierubyjane) on

Tapi kalau nak feeling jadi gadis Paris, lepaskan rambut kerana itu signature mereka. Nah baca – 5 Perkara Wanita Perancis Lakukan Untuk Nampak Cantik Berseri

Selamat Beramal!