Kantung mata berlaku seiring dengan usia. Walaupun ia tidak menimbulkan kesakitan, kantung mata boleh mengganggu penampilan kerana ia membuatkan wajah kelihatan tidak bermaya dan nampak tua.
Kantung mata berlaku kerana penumpukan cecair yang disebabkan oleh kelemahan tisu disekliling mata, termasuk otot yang menyokong kelopak mata.
Salah satu penyebabkan utama kantung mata adalah kurang tidur. Ini kerana kekurangan tidur cenderung menyebabkan pembuluh darah di bawah kulit menjadi nipis dan melebar, malah mencipta lingkaran gelap bawah mata. Pembuluh darah ini dapat menyebabkan pembentukan cairan di sekitar mata sehingga terbentuk kantung mata.
Selain mengamalkan pola pemakanan yang sihat, mungkin anda patut menggunakan eye mask dalam merawat kantung mata secara teratur.
Peter Thomas Roth Cucumber De-tox De-Puffing Eye-Cubes
Bila anda fikirkan rawatan mata, pasti terfikirkan keberkesanan petua tradisional menggunakan timun. Produk eye mask Peter Thomas Roth jelas menggunakan timun dalam merawat masalah kantung mata dan lingkaran gelap bawah mata. Bila anda aplikasi mask di bawah mata, ianya akan memberi kesan penyejukan yang membuatkan mata terasa segar.
Shiseido Benefiance Express Smoothing Eye Mask
Retino merupakan bahan terbaik untuk anti penuaan. Eye patches ini bukan sahaja berkesan untuk merawat kantung mata malah mengurangkan kemunculan kedutan dalam masa 15 minit sahaja. Ia juga meningkatkan tekstur dan ketahanan kulit anda.
Wrinkles Schminkles Eye Smoothing Kit
Pad silikon yang diklasifikasi gred perubatan ini membantu melambatkan penuaan di sekitar mata anda. Anda boleh membiarkannya semalaman dan bangun keesokan harinya dengan keadaan mata yang segar. Terbaik untuk mengurangkan kedutan, garis halus dan bengkak bawah mata.
Erno Laszlo Multi-Task Eye Serum Mask
Perkara terbaik mengenai produk Erno Laszlo ialah Bianya diperbuat dengan ekstrak botani untuk memberi kesan segera. Eye mask jenis hidrogel ini membantu merawat mata dari bengkak ke lingkaran hitam, kedutan serta garis halus, ia akan menghilang segala-galanya dan mencerahkan mata anda.
Dr. Jart+ Cheek & Eye Lift
Praktikal dan mudah dipakai, Dr. Jart+ Cheek & Eye Lift datang dalam satu helaian bukannya dua helaian berasingan. Produk yang diakui keberkesannya direka untuk mengembalikan keremajaan kulit di kawasan mata dan dagu yang dikenali sebagai “apple zone” – dengan memperbaiki kemunculan garis halus dan kedutan, bahkan untuk ketegangan juga.
Jangan lupa kongsikan dengan Wanista setelah mencubanya.
All The Best Ladies ❤