Berita & Isu Semasa

Belikan Anak Lolipop Bentuk Buah Zakar, Youtuber Teruk Dikecam Netizen

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Belikan Anak Lolipop Bentuk Buah Zakar, Youtuber Teruk Dikecam Netizen

Pasti ada dikalangan anda yang mengenalinya.

Mengetengahkan content kekeluargaan di Youtuber, The ACE Family mempunyai sejumlah pengikut yang cukup ramai. Rata-rata menyukai setiap episod prank dan video lawak yang berlaku kepada keluarga kecil ini. Dua tahun dalam industri Youtube, mereka telah membina empayar pengikut seramai 15 juta, semuanya gara-gara momen mesra pasangan ini dengan anak perempuan yang berusia dua tahun.

Foto – YouTube

Baru-baru ini hangat di media sosial, pasangan The ACE Family menerima kecaman kerana perbuatan tidak sopan yang dilakukan kepada anak kecil.

Netizen melahirkan kekecewaan dengan video yang direkodkan oleh si ayah Austin McBroom yang dilihat membeli lolipop berbentuk zakar untuk budak perempuan malah membuat lawak mengenainya. [melalui video dilihat bukan anak perempuannya]

BACA  Umum Tutup Cawangan, Parkson Suria KLCC Buat Jualan Murah Besar-Besaran

Video yang dirakam oleh McBroom menunjukkan seorang budak perempuan di sebuah kedai memintanya membeli lolipop berbentuk kemaluan lelaki.

“Dia akan mencurinya jika saya tidak membelinya, jadi lebih baik saya beli,” kata McBroom dalam video tersebut sambil ketawa.

Video rakaman itu turat dikongsi dalam talian dan tular di media sosial. Keadaan ini membuatkan peminat dan masyarakat terganggu dengan tindakan Austin McBroom. Malah ada mengkritiknya melakukan seksual terhadap kanak-kanak dan masih boleh bersikap bersahaja seperti tiada ‘apa-apa’ yang berlaku.

BACA  Artis Malaysia Ditemui Mati Bunuh Diri

Agak memalukan juga… Apa kata korang kalau benda sebegini terjadi korang?

RUJUKAN