Kecantikan

Koleksi Meriah Lucky Red oleh M.A.C Menusuk Kalbu Untuk Tahun Baru Cina!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Koleksi Meriah Lucky Red oleh M.A.C Menusuk Kalbu Untuk Tahun Baru Cina!

Bila tiba musim Tahun Baru Cina, pasti warna yang didambakan semua adalah warna merah kerana ia dianggap membawa tuah ajaib yang bisa menggalak kehidupan harmoni untuk tahun-tahun yang mendatang.

MAC selaku jenama kosmetik ternama tahun ini kembali dengan koleksi Tahun Baru Cina yang lebih berahi memukau dengan banyak pilihan tona merah menerusi gincu, pemerah pipi dan berus bedak.

Lucky Duo Powder Blush Duo (RM135). Sumber: MAC

Bukan itu sahaja, paket pembungkusan untuk koleksi MAC Lucky Red juga serba merah sambil dihiasi ukiran mewah bermotifkan floral peony. Cantik untuk dibuat simpanan peribadi mahupun pemberian manis buat yang tersayang.

Gincu Lucky Red (RM88). Dari kiri: Lady Danger, Lotus Light, Lucky in Love, Ruby Woo & Russian Red. Foto -Arkib Wanista
Efek warna daripada rangkaian pilihan gincu koleksi MAC Lucky Red mengikut tona kulit. Sumber: Google Images

Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/MACcosmetics] atau lawat laman sesawang rasmi MAC Malaysia di [maccosmetics.com.my].

Berus Lucky Red (RM170). Sumber: MAC

Koleksi MAC Lucky Red boleh mula dibeli secara atas talian sekarang pada harga RM88 hingga RM170 setiap satu.

BACA  Genius Daiso Jual "Mesin Basuh" Mini Untuk Berus Mekap, Harga Pun Murah!