Makanan

Kajian Dedah Kandungan Gula Dalam Bubble Tea Lebih Tinggi Berbanding Coke!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kajian Dedah Kandungan Gula Dalam Bubble Tea Lebih Tinggi Berbanding Coke!

Ada baiknya kamu mengawal pengambilan minuman Bubble Tea atau dalam kalangan bangsa Cina lebih dikenali sebagai Boba Tea kalau tak mahu dijangkiti penyakit kencing manis diabetes.

Menurut sebuah kajian terbaharu yang dilakukan di Singapura, hakikatnya kandungan gula yang dilarut dalam sebatian minuman Bubble Tea itu lebih tinggi berbanding air minuman bergas seperti Coca Cola! Ini kerana, sebelum ini, ramai menyangka minuman Bubble Tea itu cumalah sekadar minuman manis bersusu biasa yang kadnungan gulanya tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan minuman soda.

Sumber: clubstreet.hk

Menurut laporan yang dimuat naik portal Next Shark, ekesperimen tersebut yang dikelolakan oleh Chanel NewsAsia ke atas enam jenis Bubble Tea berlainan perisa dengan kerjasama pelajar khursus Diploma Sains Makanan dan Nutrisi dari Politeknik Temasek di Singapura.

Tonton Kajian melihat Kandungan Gula Dalam Minuman Bubble Tea

Hasil daripada kajian uji kaji kandungan gula dalam Bubble Tea mendapati, rata-rata minuman tersebut memiliki kandungan gula antara 8 hingga 20 camca teh setiap satu. Penemuan itu sememangnya mengejutkan dan kamu mungkin perlu mengambil pusing tentangnya mulai sekarang.

Jelas pakar, terutamanya masyarakat hari ini ramai beralih kepada minuman manis seperti Bubble Tea unuk menggantikan keinginan mereka terhadap minuman soda, namun hakikatnya minuman tidka berlabel yang dibuat mengikut tempahan seperti Bubble Tea adalah pilihan yang ternyat alebih memburukkan kesihatan jika tidak dikawal.

Sumber: unscrambled.sg

“Ibu bapa juga sering mendedahkan anak-anak mereka kepada minuman seperti Bubble Tea kerana dianggap merupakan pilihan minuman ringan terbaik berbanding air soda bergas,” tambah Bonnie Rogers, Jurulatih Kesihatan Diiktiraf di The Nutrition Clinic, Singapura.

Sumber: Yummy Feed

Ha, lepas ni jangan sakan sangat minum Bubble Tea tu, takut kena potong kaki pula! 

SUMBER 1, 2, 3

BACA  Please Stop! Makan Sotong Kurita Hidup Boleh Membunuh Kamu