Review, Teknologi

Pengguna Iphone Tercabar! 5 Sebab Telefon Pintar RM449 Realme C1 Dipuji

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Pengguna Iphone Tercabar! 5 Sebab Telefon Pintar RM449 Realme C1 Dipuji

Menukar ganti telefon pintar boleh dilihat semakin menjadi trend dalam kalangan masyarakat hari ini. Namun, bukan semuanya mampu untuk memiliki telefon pintar berkualiti yang spesifikasinya tiptop seperti gajet berharga RM1,500 ke atas sekurang-kurangnya betul tak?

Percaya tak jikalau penulis canangkan bahawa kamu sebenarnya boleh tampil hebat dengan telefon pintar pada harga bajet yang kuasanya setaraf telefon pintar mahal? Nah, kenalkan… ini Realme C1.

Untuk pengetahuan semua, Realme adalah jenama peranti yang merupakan anak syarikat kepada OPPO. Jadi, jika rekaan telefonnya lebih kurang sama, jangan pula kamu mempertikaikan mengapa.

Namun begitu, apa yang membuatkan kedua jenama ini berbeza adalah, Realme menawarkan peranti yang fokus kepada sistem perisian serta kuasa telefon pintar yang lebih gah -ditawarkan buat pengguna yang berbajet rendah.

Spesifikasi ringkas Realme C1.

Berbalik kepada pengenalan Realme C1 yang terdapat dalam pilihan warna Navy Blue dan Mirror Black, pada harga RM449 seunit, kamu akan mendapat satu set pembalut badan telefon (phone case) jenis lutsinar, satu unit telefon pintar Realme C1, buku manual, jarum pembuka slot kad SIM, kabel mengecas serta plug pengecas.

Bagaimana dengan earphones? Harap maklum, satu-satunya kelemahan Realme C1 adalah ia tidak dihadirkan bersama alat bantuan mendengar earphones. Jadi kalau kamu gemar mendengar muzik atau menonton filem menerusi telefon pintar, you might want to get your own earphones okay?

Tak perlu melaras cahaya pun sudah terang dan jelas rakamannya….

Perbezaan hasil foto yang dirakam menggunakan telefon pintar Samsung A5 (kiri) dan Realme C1 (kanan) yang jauh berbeza. PERHATIAN: Kedua-dua foto tidak menggunakan sebarang aplikasi penyunting.

Bagi yang berminat, ini Wanista senaraikan 5 kelebihan Realme C1 sehingga ramai orang terpikat dengannya!

#1 Ketangkasan Sistem Sangat Lancar!

Boleh cuba tanya orang, sesiapa yang berpengalaman menggunakan android Realme C1 ini memang kagum dengan kelancaran sistem telefonnya. Tak perlu risau jika ianya akan tersekat atau lambat gara-gara terlalu banyak aplikasi di dalam telefon.

Keadaan ini berbeza dengan keluhan pengguna Iphone kerana sering mengalami masalah telefon yang kerap kali hang. Mungkin boleh beralih kepada Realme C1? 

#2 Bateri Tahan 2 Hari

Kamu gemar bermain Instagram, melayari Youtube atau berseronok dengan permainan video seperti PUBG bila ada masa terluang seperti di dalam train saat pulang kerja? Penulis memang syorkan kamu guna Realme C1.

Hadir dengan aksesori phone case lutsinar dari material getah.

Bayangkan, setelah bermain PUBG selama 30 minit, ia hanya memakan 6% bateri. Ini menjadikan bateri telefon pintar Realme C1 adalah yang paling mantap untuk peranti bajet sebegini!

#3 Pengecasan Penuh Cuma 4 Jam

Dalam masa tak sampai lima jam pengecasan dilakukan, bateri telefon akan penuh membuatkan kamu tidak panik andai perlu bergegas ke mana-mana. Katakanlah kamu masuk pejabat pada jam 9 pagi dan mula mengecas telefon waktu itu, sebelum keluar untuk lunch hour sekitar jam 1pm nanti kamu sudah ada telefon pintar yang sempurna. No hassle!

#4 Macam Kembar Iphone?

Dari jauh, kamu pasti akan ingat yang Realme C1 ini adalah Iphone kerana dari padangan hadapan ia kelihatan seperti Iphone X manakala dari sisi belakang, Realme C1 kelihatan seperti Iphone 8 Plus. Paparan skrin hadapannya penuh dan sudah dilengkapi pelindung skrin (screen protector) jenis tebal bahkan, perincian keliling telefon ini juga berpotongan lengkung kemas menjadikan ia sangat luar biasa seperti berharga ribuan ringgit!

Bahagian belakang Realme C1 pula adalah dari jenis material glossy umpama kaca -bisa digunakan seperti cermin jika terdesak ingin membetulkan mekap. 

#5 Kamera Lebih Baik Dari Android Murah Lain

Menurut penulis yang turut berpeluang menggunakan Realme C1, hasil rakaman kameranya tidak nampak terlalu fake bahkan, warna foto juga jelas tanpa perlu kamu risau kalau gambar akan pecah atau terlalu banyak “noise” seperti mana hasil gambar dari kamera android jenama lain yang berharga ratusan.

Baik kamera depan atau belakang, gambar yang dihasilkan Realme C1 sangat cantik sampai tak perlu edit pun!

Foto Guna Kamera Hadapan

Tak perlu edit, warna foto selfie yang dirakam menggunakan kamera hadapan Realme C1 lebih terang berbanding Samsung Galaxy A5.

Foto Guna Kamera Belakang

Tahun baru, telefon baru! Realme C1 ini memang mampu sangat untuk dijadikan telefon peribadi kamu mahupun diberikan sebagai hadiah buat yang tercinta. Ada yang berminat? ❤

Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/RealmeMalaysia].

BACA  Aneka Gulai, Kerabu Jadi Tarikan Untuk Buffet Buka Puasa Eastin Hotel