Bila kawan ada air fryer, kamu pun mulalah mahu satu… tapi masalahnya kamu tak tahu mahu masak apa dengannya.
Sebenarnya penulis tertarik dengan air fryer sejak menonton vlog ondo di Youtube yang menampilkan gaya hidup minimalis seorang gadis bujang di Kota Seoul. Gadis ini menggunakan air fryer untuk menggoreng makanan seperti kentang, beef bacon, chicken nugget dan pelbagai lagi tanpa menggunakan minyak.
Apa Air Fryer dan Kegunaannya?
Air fryer adalah perkakas dapur yang fungsinya adalah menggoreng makanan tanpa minyak, menjadikan makanan kamu lebih sihat dan bebas minyak.
Tapi Apa Kebaikan Air Fryer?
Mengurangkan Kandungan Lemak
Kajian menunjukkan air fryer membolehkan pengguna menikmati hidangan masakan yang popular seperti ayam goreng dan kentang goreng yang mampu mencapai pengurangan kandungan lemak sehingga 80% kerana ia tidak menggunakan minyak. Bahkan menghasilkan makanan yang sama seperti deep fried.
Menurunkan Berat Badan
Kerana air-fried rendah lemak berbanding deep fried, jadi beralih kepada air fryer mungkin cara mudah untuk mengurangkan kalori dan menggalakkan penurunan berat badan. Jika kamu ingin mengurangkan inci di bahagian pinggang, inilah masanya. Ingat, berkurangnya kandungan lemak bererti makanan lebih sihat.
Boleh Menurun Pembentukan Sebatian Merbahaya
Selain tinggi kandungan lemak dan kalori, makanan yang digoreng boleh menghasilkan sebatian merbahaya seperti acrylamide (bahan kimia). Acrylamide adalah sebatian yang terbentuk dalam makanan kaya karbohidrat semasa kaedah memasak seperti menggoreng.
Menurut Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa, acrylamide diklasifikasikan sebagai “probable carcinogen” yang menunjukkan bahawa acrylamide mungkin dikaitkan dengan perkembangan kanser. Menggunakan air fryer mungkin dapat mengurangkan acrylamide, sebastian yang dikaitkan dengan jenis kanser tertentu berbanding menggunakan teknik deep fried.
Tapi perlu diingatkan bukan semua makanan boleh menggunakan air fryer, rujuk senarai di bawah untuk memudahkan kamu.
Makanan Yang Boleh Dimasak
#1 Pumpkin Seed
Air fryer adalah cara mudah untuk mendapatkan pumpkin seed yang dibakar rangup dengan sempurna. Walaupun kaedah tradisional mengambil kira-kira satu jam untuk disiapkan, kamu akan menjimatkan banyak masa dengan menggunakan air fryer dan hasilnya sama.
#2 Pastri
Kamu boleh menggunakan air fryer untuk membuat biskut dan kek, sebagai contoh cip coklat, kek lava dan banyak lagi. Hanya pastikan kamu mengikut resepi yang betul dan sesuai dengan air fryer, takut silap hari bulan jadi lain pula.
#3 Kerepek
Teringin nak makan kerepek, guna sahaja air fryer. Tidak terikat kepada kerepek kentang, kamu boleh cuba kale, keledek, keladi, bunga kobis, bayam, jeruk zukini, timun dan pelbagai lagi yang sesuai dengan air fryer.
#4 Kentang Sejuk Beku
Kamu peminat kentang goreng. This is for you! Air fryer paling terbaik untuk kamu menggoreng aneka kentang sejuk beku – hasilnya rangup dan dibakar disempurna. Dengan minyak 75% lebih sedikit daripada deep fried, kamu boleh makan tanpa rasa bersalah!
#5 Telur Rebus
Terkejut? Caranya kamu langsung tidak perlu meletakkan air, hanya masuk ke dalam air fryer mengikut timer ditetapkan dan siap untuk dikopek dan makan.
#6 Makanan Sejuk Beku
Air fryer adalah terbaik untuk segala makanan sejuk beku jenis daging. Kamu boleh menggunanya untuk chicken nugget, beef bacon, fish and chip, meatball, sosej dan pelbagai lagi.
#7 Tauhu
Pernah merasai tauhu goreng masam manis di restoran Cina? Kamu mungkin boleh membuatnya versi sendiri, air fryer akan memberi kamu lapisan luar yang rangup dan dalamnya masih kenyal tanpa minyak.
Jadi, selepas ini mungkin kamu boleh bertukar ke air fryer untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.
Selamat Beramal!