Kembara

Hotel Berhantu Di Malaysia? Ni Cara Nak Elak Terkena “Gangguan” Bila Bercuti

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Hotel Berhantu Di Malaysia? Ni Cara Nak Elak Terkena “Gangguan” Bila Bercuti

Rasanya sudah biasa kita dengar tentang kisah-kisah hantu yang bermaharajalela di hotel dan resort penginapan. Maklumlah, tempat-tempat penginapan ini biasanya cuma akan disewa ketika musim cuti dan hujung minggu sahaja. Hari lain, memang kosong bilik-bilik yang ada. Bak kata orang, jika sesebuah bilik, rumah atau bangunan itu sudah ditinggalkan kosong selama 40 hari sekurang-kurangnya, ia kemudian akan dihuni makhluk halus seperti jin.

Umumnya, penulis yakin kamu sendiri pun pernah mengalami pengalaman misteri sewaktu menginap di hotel-hotel betul tak? Menurut forum perbincangann umum di Lowyat.net, ini senarai hotel-hotel sekitar Malaysia yang sudah sering menghantui ramai pengunjung.

Sumber: News.com.au

Kuala Lumpur: Hotel Istana (bilik 712), Mandarin Hotel KL, Crowne Plaza, Dynasty Hotel KL, Pearl International Hotel KL, Gardens Hotel KL, Mint Hotel Sungai Besi, Federal Hotel, Grand Millinium Hotel Bukit Bintang, Hotel Kowloon Jalan TAR, Hotel Corus, Grand Continental Hotel.

Johor: Mutiara Hotel, M Suites Hotel, Sebab Hotel Desaru, New York Hotel (ada kejadian bunuh diri).

Kedah: Hotel Grand Continental Alor Setar, Swiss Inn Sungai Petani, SP Inn Sungai Petani, Hotel Cinta Sayang Sungai Petani.

Langkawi: Marina Cove Resort Langkawi, Kondo Istana Langkawi, Resort Kampung Tok Senik Langkawi, Aseana Resort Langkawi, Detai Langkawi.

MS Garden Hotel di Kuantan popular dengan kisah hantu perempuan bernama “Ayu” yang sering muncul di bilik-bilik hotel untuk berkawan dengan para penginap. Sumber: Booking.com

Melaka: Angkasa Hotel Melaka (Tingkat 5), Shah’s Beach Resort Melaka, Mahkota Hotel Melaka (Tingkat 11), Hotel Deluxe.

Port Dickson: Ancasa Resort, Ilham Beach Resort, Thistle Resort, Palm Spring Resort, Le Paris Costa Rica Resort (bilik 517), Avillion Resort Port Dickson.

Pahang: Swiss Garden Hotel Kuantan, Impiana Hotel Cherating, Legend Resort Cherating, MS Garden Hotel Kuantan, Hyatt Hotel, Vistana Hotel (dalam lif).

Cameron Highlands: Apartmen Dahlia, Strawberry Park Hotel, Equatorial Hotel (bilik 809), Heritage Hotel (tingkat 4).

Syeun Hotel merupakan antara hotel terbesar dan terawal yang wujud di bandar Ipoh. Penulis sendiri pernah diganggu sewaktu menginap di sini beberapa bulan lalu -bunyi ketukan jelas dari dalam almari sepanjang malam tapi penulis endahkan sahaja. Sumber: Expedia

Pulau Pinang: E&O Hotel, Rasa Sayang Resort, Hotel Copthorn, Sheraton Penang, Northam Hotel, Crown Prince Hotel, Sunway Hotel Georgetown, Seri Malaysia Hotel Penang, Gurney Hotel.

Perak: Syeun Hotel Ipoh, Marina Cove Resort Lumut, Swiss Garden Damai Resort Lumut, Bukit Merah Lake Town Resort , Pangkor Island Resort, Majestic Hotel Ipoh.

Sabah: Sibu Island Resort, Renaissance Hotel (bilik 107), Hotel Ruby Kota Kinabalu.

Sarawak: Hilton Kuching, Damai Beach Resort, Holiday Inn, Crown Riverside Hotel Kuching, Santubong Resort.

Tips Terbaik Untuk Elak Menginap Di Hotel Berhantu

#1 Elak Bilik Bernombor Apit

Menurut perkongsian orang yang berpengalaman, cuba elak menghuni bilik hotel yang memiliki nombor diapit sebagai contoh seperti 353, 313 atau apa sahaja nombor yang memiliki nombor sama pada pangkal dan hujungnya. Ini kerana ia kemungkinan bilik itu sudah mempunyai penghuninya yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Kalau tak berani, baik minta tukar.

Sumber: The Uniter

#2 Barang Dalam Bilik Dah Terusik?

Masuk bilik tapi kelihatannya bantal sudah berlekuk seolah ada yang tumpang berbaring, keadaan lantai basah seperti orang baru lepas keluar bilik air manakala cerek di kaunter pula panas seperti ada yang baru memaskan air? Ah, minta sahaja tukar bilik.

Sumber: Pinterst

Memang tak logik kalau kamu dapat bilik yang sudah terusik atau bersepah kerana pihak house keeper selalunya akan menyiapkan dan memeriksa keadaan bilik sebelum penghuni baru masuk. Itu mungkin ada “kawan” yang mahu tumpang sekaki.

#3 Jangan Terdesak Sangat!

Perkara ini biasa terjadi kepada individu yang suka masuk hotel last minute! Kalau musim-musim peak, sila tempah hotel awal untuk elak mendapat bilik “simpanan” daripada pihak hotel.

Menurut sumber dari portal Jom Jalan, kalau kamu datang ke resort tergesa-gesa tanpa tempahan semasa hari sudah malam lalu kemudian marah-marah bila diberitahu tiada lagi bilik kosong. Sebab tak tahan dengan mulut kamu akhirnya, selepas dua, tiga minit mengetuk keyboard komputer, staff hotel itu kata:-

“Jika encik tak kisah, kami ada satu bilik untuk encik.”

Tahniah! Kamu sebenarnya baru sahaja ‘menempah’ tiket VIP untuk berjumpa entiti di bilik nanti.

Sumber: The 13th Floor

Boleh kata, hampir semua hotel ada bilik yang ditutup. Bilik-bilik ini selalunya tempat pernah berlaku kes ngeri, tempat kerap orang jumpa makhluk halus atau tempat letaknya patung-patung keagamaan kepercayaan orang Cina yang disimpan untuk membuang sial (bagi mana-mana pemilik syarikatnya berbangsa Cina). Untuk itu kalau kakitangan hotel kata bilik penuh, beredar sahaja dari situ untuk cari penginapan lain.

Apa pengalaman peribadi kamu tentang bilik hotel berhantu? Jom kongsikan dengan Wanista di ruangan komen.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk kamu yang merancang percutian menjelang musim Tahun Baru Cina! ❤

RUJUKAN 1, 2, 3