Kembara

5 Perbuatan Ni Sebenarnya Mengundang Amarah Si Krew Kabin

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
5 Perbuatan Ni Sebenarnya Mengundang Amarah Si Krew Kabin

Flight delays, kabin sesak dengan penumpang, melancong boleh mendatangkan tekanan bukan sahaja pada kita bahkan si krew kabin sekali.

Walaupun mereka langsung tidak menunjukkan tanda amarah atau ‘ketat’ tapi mereka juga manusia biasa yang tak lari daripada tekanan kerja. Apabila berurusan dengan berpuluh-puluh atau bahkan beratus-ratus penumpang setiap hari, mereka terpaksa berdepan dengan tingkah-laku penumpang dari yang kasar, troublemaker sehingga yang baik hati. Bayangkan mereka hadapinya setiap hari.. mesti ada sedikit rasa muak, menyampah, geram, penat..

Nak tahu apa perkara yang si krew kabin kecewa setiap kali berdepan dengan tugasan, ini dia…

#1 Mengabaikan mereka bila mereka menyambut kamu

Orang kata bila buat baik, balasnya dengan perbuatan yang baik. Kalau orang senyum, kita hulurkan senyuman juga. Barulah hidup rasa bahagia dan terhibur.

Foto – Reader’s Digest

Jika mereka menyambut kamu, berilah respon sebaik mungkin. Jangan biarkan mereka terkontang-kanting tanpa sebarang balasan atau pura-pura tidak nampak atau memandang biadap – kerana perbuatan itu menyebabkan si krew kabin rasa seperti tidak dihargai.

#2 Tidak menghiraukan keselamatan

Ini sangat basic tapi masih ramai yang tidak mengendahnya. Seorang krew memberitahu pada Insider, ini adalah perkara biasa, merbahaya dan mengecewakan yang dia alami setiap hari.

Foto – South China Morning Post

“Kami membuat banyak pengumuman tentang aspek keselamatan yang mesti dipatuhi (tempat duduk tegak, meja dulang dikembalikan, gajet disimpan, tali pinggang dipasang), jadi pada masa ingin berlepas, perkara itu sepatutnya sudah dilakukan penumpang,” jelasnya.

#3 Bersidai dan berlegar di ruang kerja mereka

Walaupun kamu mahu bergerak semasa penerbangan, berkerumun di galley adalah satu mimpi ngeri buat krew kabin. Bayangkan jika kamu berlegar-legar ke depan dan belakang, sibuk bersidai sambil bergosip di kawasan mereka, pasti tidak disukainya malah membataskan pergerakan dan kerja mereka.

Foto – Airliners.net

“Jika kamu mahu bergerak dan berjalan semasa penerbangan, jangan gunakan ruang kerja kami sebagai zon riadah kamu,” terang krew kabin.

#4 Anggap kapal terbang seperti pasaraya

Ingatlah setiap penerbangan menawarkan pilihan makanan dan minuman yang terhad, dan jika kamu mempunyai pantang larang pemakanan, uruskan terlebih dahulu sebelum terbang. Beritahu masalah kamu ketika pre-booked agar tidak menyusahkan mereka kemudian.

Foto – Flight Network

“Kami tidak mempunyai apa yang kamu mahukan. Tolong jangan tanya jika kami mempunyai susu, adakah sayur itu segar, atau makanan yang memang kami tidak ada. Kalau rasa musykil, bawa bekalan makanan sendiri. Pastikan yang dibenarkan sahaja ye!

#5 Yang mulut celupar

Apa yang terjadi ketika di atas adalah di luar bidang kuasa setiap petugas kabin. Jika delay atau mengalami turbulence itu memang tidak boleh krew kabin jangkakan. Penulis pernah mengalami pengalaman sebegini di mana ada penumpang yang ‘menyumpah’ setiap kali turbulence berlaku, malah paling teruk mempersoalkan kredibiliti pilot tersebut.

Foto – New York Post

“Industri penerbangan tidak dapat dijangka, adakalanya delay, terpaksa membatalkan penerbangan, kami kadangkala tidak mempunyai apa-apa yang diperlukan di atas kapal untuk melayani anda.”

Baca: Jangan Sebut 5 Perkara Ini Bila Naik Kapal Terbang!

Jadi, jaga pertuturan bila berlaku sesuatu perkara dan janganlah bagi haru kerana benda sebegitu hanya akan membuatkan keadaan bertambah renggang.

RUJUKAN

BACA  Tempat Lepak Baru "The Linc KL" Ada Banyak Port #InstagramWorthy