Review - Makanan

Hidangan Burger Kambing Bawah RM30 Ada di NY Steak Shack!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Hidangan Burger Kambing Bawah RM30 Ada di NY Steak Shack!

Baharu! New York Steak Shack kini menghangatkan tahun baru kamu dengan menu berintikan kepingan daging kambing yang empuk lagi berjus dipanggil Sizzling Lamb Burgers.

Dengan harga mampu milik bawah RM30 pelanggan bisa menikmati set hidangan burger disertai kuah pilihan serta kentang goreng rangup! Bukan itu sahaja, ia juga lebih enak dipadankan dengan minuman susu goncang Funtastic Milkshakes yang terdapat dalam perisa Strawberi, Cornflakes dan campuran pisang serta mentega kacang (Peanut Butter) yang boleh didapatkan pada harga RM13.80 setiap gelas.

 

Penulis sendiri berpeluang merasa sendiri kenikmatan burger baharu di NY Steak Shack. Biarpun ianya kelihatan seperti burger biasa, apa yang menjadikan rasanya luar biasa adalah setiap kepingan daging itu dimasak begitu sempurna -teksturnya lembut dan berjus. Manakala, bun burger Oregano pun begitu garing tatkala ia dibakar dengan basahan mentega asli. Diiringi pula kesegraan daun salad serta hirisan tomato segar… memang sedap tak terhingga!

Sizzling Garlic Lamb Burger.

Penulis memilih untuk mencuba Sizzling Garlic Lamb Burger kerana menurut NY Steak Shack, rasanya lebih unik dan ternyata taburan emping bawang putih dan ketulan mentega bawang putih seraya menaikkan aroma burger yang rasanya saling tak tumpah seperti hidangan mewah di restoran-restoran mewah.

Sizzling Mushrooms & Cheese Lamb Burger.

Selain Sizzling Garlic Lamb Burger (RM28.80), terdapat dua pilihan menu Sizzling Lamb Burger lain termasuklah Sizzling Mushrooms & Cheese Lamb Burger (RM28.80) serta Sizzling Double Cheese Lamb Burger (RM29.80).

Untuk pengetahuan semua, kepingan daging kambing yang ditawarkan untuk setiap satu hidangan itu adalah seberat 200gms dan pelanggan akan dapat dua keping daging kambing segar untuk setiap set yang dipesan. Memang berbaloi-baloi!

Sizzling Double Cheese Lamb Burger .

Untuk keterangan lanjut, sila klik [nysteakshack.com]. Kunjungi mana-mana cawangan restoran NY Steak Shack di seluruh Malaysia termasuk di Sunway Pyramid, IOI City Mall, Subang Parade, AEON Shah Alam, Sunway Velocity Mall, SOGO, Alamanda Putrajaya dan Melawati Mall untuk rasa sendiri menu burger istimewa ini!

BACA  [Review] Sampai Pejam Mata Makan Daging Wagyu! Yang Terbaik Di Nobu KL