Kecantikan

Untunglah Baru Setahun, Baby Comel Ni Dah Bergelar Duta Syampu Pantene

Malisa Aina
/
I'm into foodies, sneakers, spotify, netflix, lipsticks.
Untunglah Baru Setahun, Baby Comel Ni Dah Bergelar Duta Syampu Pantene

Alangkah beruntung si kecil ini.

Apakan tidak, bayangkan baru setahun tapi sudah dilamar menjadi wajah baru produk syampu tersohor Pantene. Apa istimewanya dia?

Sekitar tahun lepas Baby Chanco dari Jepun ini mencuri tumpuan netizen serata dunia kerana rambut yang dimilikinya. Baby Chanco mempunyai rambut lebat, hitam berkilat, sihat malah saiznya cukup besar. Dilaporkan bahawa Chanco sememangnya dilahirkan dengan kepala penuh rambut pada 23 Disember 2017. Dan sekarang siapa sangka bayi comel ini diangkat menjadi wajah Pantene yang baru di Jepun.

Menurut ibu Chanco, Mami Kano, pada awalnya dia sekadar suka-suka berkongsi gambar Chanco di Instagram untuk diari harian tetapi tidak menyangka feedback yang dimiliki malah anaknya itu menjadi sensasi internet dalam masa yang singkat. Rata-rata memberi kata-kata pujian dan menyukai rambut Chanco malah ada juga bertanya tips penjagaan rambut yang dilakukan Chanco bagi kekal sihat bermaya.

View this post on Instagram

2018年。 染めない、隠さないグレイヘアが、多くの女性の賞賛を得た近藤サトさん。 生まれたままの髪の個性が、世界中の人々に愛された爆毛赤ちゃん @babychanco 。 ・ ふたりはわたしたちに、自分を素直に表現することの大切さを 教えてくれたのかもしれません。 ・ 2019年。 もっとたくさんの人たちが「なりたい私」へ、一歩踏み出せる年でありますように。 #さあこの私で行こう ・ パンテーンは美しい髪で、すべての女性を応援します。 ・ In 2018, Sato Kondo, who proudly lives without coloring or hiding her grey hair, won the admiration of many women. Hairmax Baby, @babychanco , received love from people all over the world because of her naturally unique hair. ・ In some way or other, these two may have taught us the importance of expressing our true selves. ・ In 2019, We hope many more women will take a step forward towards who they want to be. ・ ・ #さあこの私で行こう #さあこの髪で行こう #HairWeGo #パンテーン #pantene #近藤サト #グレイヘア #爆毛赤ちゃん #babychanco

A post shared by pantene_jp_official (@pantene_jp_official) on

Iklan Pantene menampilkan Chanco bersama pembaca berita Jepun Sato Kondo yang dikagumi kerana rambut berubannya.

“Kami berjumpa dengan ibu Chanco dan jatuh cinta akan keperibadian serta imej Chanco yang sangat padan dengan fokus kami. Kami merasakan rambut semulajadi Chanco mempunyai kuasa kuat yang membuat orang positif dan bergerak maju,” jelas pengarah jenama bersekutu penjagaan rambut P&G Japan, Yoshiaki Okura.

Comelnya Baby Chanco ni….

RUJUKAN : 1, 2