Hiburan

Tuah Berwajah “Patung”, Margot Robbie Berlakon Filem Barbie Versi Manusia!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Tuah Berwajah “Patung”, Margot Robbie Berlakon Filem Barbie Versi Manusia!

Sejak muncul sebagai antara pelakon utama dan satu-satunya aktres dalam filem aksi fantasi Suicide Squad sekitar 2016 dahulu, nama Margot Robbie sangat dikenali ramai bahkan, netizen juga tidak ketinggalan cuba meniru untuk membawakan gaya serta wataknya sebagai Harley Quinn bagi sambutan Halloween pada tahun berkenaan.

Tak dinafikan sedikit-sebanyak, raut dan bentuk wajah semula jadi milik Margot itu ada kelihatan seperti ciri-ciri patung yang bisa dianggap unik dan mistikal.

Sumber: Pinterest

Justeru baru-baru ini nama beliau kembali didengar kerana menurut khabar angin yang tersebar semalam, Margot bakal membawakan watak Barbie dalam filem versi manusia yang dijangka memulakan penggambaran pada Jun akan datang!

Sumber: Ad Age

Seperti yang dilaporkan BBC News, filem Barbie versi manusia itu sepatutnya memulakan penggambaran pada tahun 2017 tetapi disebabkan beberapa faktor, filem itu akhirnya ditunda hingga ke tahun 2020 nanti.

Wajah jelita milik Margot Robbie memang sempurna untuk watak Barbie…

Sumber: wallpapersqq.net

Ramai teruja bila mendapat tahu Margot Robbie akan memegang watak ikonik sebagai Barbie… wanita jelita berusia 28 tahun itu dengar kata bersetuju untuk menggalas amanah tersebut kerana menurutnya, Barbie bantu mempromosikan sifat keyakinan dalam kalangan wanita dari yang muda hinggalah yang sudah dewasa.

Dari kiri: Amy Schumer, Anne Hathaway. Sumber: Getty Images

Terdahulu menurut perbincangan awal antara tiga syarikat gergasi ternama iaitu Sony, Warner Bros dan Mattel, mereka mahukan aktres Amy Schumer untuk melakonkan watak Barbie namun Amy di saat-saat akhir telah menarik diri tahun lalu berikutan dia yang sedang berpantang dan baru melahirkan cahaya mata waktu itu.

Tidak lama kemudian, nama Anne Hathaway pula dikaitkan sebagai pengganti tetapi tidak diketahui kebenarannya sehinggalah Margot Robbie disahkan sebagai “Barbie” yang sebenar. 

Sama-sama kita nantikan kemunculan filem baharu Barbie ya!

SUMBER 1, 2, 3

BACA  Dalam Diam Ramai Juga Menyampah Dengan Rihanna