Tips

Trik Kate Middleton Guna Supaya Tak Sakit Kaki Bila Pakai Tumit Tinggi

Malisa Aina
/
I'm into foodies, sneakers, spotify, netflix, lipsticks.
Trik Kate Middleton Guna Supaya Tak Sakit Kaki Bila Pakai Tumit Tinggi

Ramai orang pasti pernah merasai pengalaman menyakitkan setiap kali memakai sepasang kasut tidak selesa ketika melakukan aktiviti yang memberikan tekanan kuat ke atas kaki, apatah lagi ketika memakai kasut tumit tinggi.

Kasut tumit tinggi bukan sahaja membuat anda kelihatan bergaya dan seksi, mereka juga memberi anda ketinggian yang lebih beberapa inci dan memberikan keyakinan diri. Walaubagaimanapun sepatu ini sentiasa mendapat reputasi buruk bagi masalah kesihatan terutamanya kepada wanita yang memakainya untuk tempoh masa yang lama. Bahkan benar memakai tumit tinggi untuk jangka masa lama boleh memberi anda postur badan yang tida baik, membuat kaki anda lemah dan memberi anda sakit belakang.

Foto – Vanity Fair

Bagaimana pula dengan Kate Middleton, setiap kali melangkah di depan khalayak umum, mata kita tidak melepaskan peluang meneliti setiap fesyen pilihannya. Sama ada dress polos, signature topi mahu pun pilihan kasut tumit tinggi, segalanya cantik dan membuat kita iri hati. Tapi terfikir juga bagaimana beliau boleh memakai tumit tinggi tanpa ada tanda sakit.

Lapik Dalam Kasut

Beberapa sumber dalaman menjelaskan bagaimana Duchess of Cambridge berjaya memakai tumit tinggi sepanjang hari dengan senyuman di wajahnya adalah kerana lapik dalam kasutnya atau kita panggil insoles. Vanity Fair mendedahkan Kate adalah peminat insoles dari rekaan Alice Bow.

Foto – Insider

Paddings diperbuat daripada kulit Itali dan mengikut reka bentuk sepatu. Pereka Rachel Bowman mencipta mereka berasaskan kebanyakan kondisi kaki tanpa mengetepikan aspek keselesan dan sokongan dalam setiap pergerakan. Sekaligus memudahkan individu yang yang memakai berjalan dengan baik tanpa rasa tergelincir.

Foto – Alice Bow

“Lapornya, Kate telah memesan beberapa paket kerana kualiti Alice Bow sangat terjamin dan dia gembira setiap kali memakainya,” jelas sumber kepada Vanity Fair.

Kalau tak mampu membeli insoles Alice Bow, kamu boleh lihat beberapa taktik berguna memastikan tiada lagi rasa sakit setiap memakai tumit tinggi.

Jenama insoles dari Alice Bow. Foto – Alice Bow

Baca: 8 Tip Berjalan dengan Kasut Tumit Tinggi Tanpa Rasa Sakit

Jika anda ingin mendapatkan sepasang insoles dari Alice Bow, pergi sahaja ke laman web rasmi www.alicebow.com, mereka ada membuat penghantaran antarabangsa. Setiap insoles dijual dengan harga runcit bermula £13.90.

Selamat Membeli!

RUJUKAN : 123