Sambut kehadiran tahun baru dengan kulit yang lebih sempurna bertemankan koleksi premium OLAY Magnemask serta Whips Moisturizer yang baharu sahaja dilancarkan kelmarin.
Menguntai kerjasama denngan rangkaian gedung kecantikan dan kesihatan ternama negara iaitu Watsons, OLAY bergerak kehadapan untuk memenuhi kebutuhan wanita yang sering mengalami masalah untuk mencari krim pelembap yang bertepatan dengan keadaan kulit.
Sesetengah orang biasanya memiliki keadaan kulit yang terlalu berminyak sehingga mampu menjejaskan penampilan tekstur wajah lebih-lebih lagi apabila memakai krim pelembap yang mengandungi terlalu banyak ramuan minyak, justeru OLAY hadir dengan inovasi krim pelembap seringan buih yang bisa menyerap jauh kedalam kulit untuk kelembapan optimum namun, tidak berminyak sehingga menjejaskan mekap dan pori wajah.
Tonton Tutorial Menggunakan OLAY Magnemask Collection
Istimewa buat mereka yang tidak mempunyai masa menjaga kulit mengikut rutin kerana kesuntukan waktu, guna sahaja masker hebat daripada OLAY Magnemask Collection baharu ini kerana ia mampu mengatasi masalah penuaan serta kerosakan kulit yang disebabkan selar matahari serta faktor-faktor luar seperti pencemaran udara.
Masker OLAY yang bertekstur gel lekas meresap itu turut hadir dengan gajet penyapu yang dilengkapi elemen magnetik untuk menggalak keberkesanan sapuan agar ianya bisa merawat kulit secara menyeluruh hingga ke lapisan kulit paling dalam.
Jangan ketinggalan untuk mencuba sendiri kehebatan produk baharu dari OLAY dan dapatkan diskaun sebanyak 10% kalau dapatkan OLAY Magnemask Collection (RM139) dan Olay Whips (RM109) sekarang di mana-mana cawangan Watsons seluruh Malaysia. Promosi sah sehingga 20 Februari akan datang!
Untuk keterangan lanjut, sila klik [watsons.com.my/olay].