Selepas meluluskan perudangan yang membenarkan wanita untuk memiliki lesen dan memandu sekitar tahun lalu, kini kerajaan Arab Saudi mengeluarkan pula undang-undang baharu -membenarkan si suami yang mahu menceraikan isteri mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Mengikut arus perkembangan teknologi yang memudahkan, perkara itu dibangkitkan bertujuan untuk memberi hak saksama buat kaum wanita kerana sebelum ini, mana-mana suami di Arab Saudi sebenarnya boleh menceraikan isteri mereka sesuka hati meskipun tanpa pengetahuan isteri.
Justeru, perundangan baharu itu sedikit-sebanyak memberi keadilan buat kaum wanita agar mereka sekurang-kurangnya tahu jikalau mereka diceraikan (akan diberitahu oleh suami menerusi SMS).
Semakin hari, Putera Mahkota Mohammed bin Salman nampaknya sentiasa komited untuk memperkasa kaum hawa terutamanya dalam isu hak keadilan sama rata seperti perkahwinan dan penceraian.
Putera Mohkata Mohammad bin Salman sangat dihormati kerana sering memperkasakan kaum wanita….
Bukan itu sahaja, wanita di Arab Saudi kini turut dibenarkan untuk mengundi dalam pilihanraya, bersukan di stadium serta bekerja dalam sektor-sektor utama di negara untuk tujuan memajukan ekonomi sebagai suatu pembaharuan dalam pemimpinan negara islamik yang lebih moden.
Berbalik pada isu penceraian di negara timur tengah itu, wanita atau para isteri yang berkenaan boleh juga memeriksa status perkahwinan mereka menerusi laman sesawang rasmi kementerian bagi mendapatkan salinan surat penceraian yang sah sebelum menghadirkan diri ke mahkamah.
Perkara itu jelas lebih memudahkan individu terlibat sekaligus tidak dilihat sebagai proses yang berat sebelah.