Makanan

Saintis Dedah Makanan Tak Sedap Boleh Jadi Sedap Bila Makan Dengan Sudu Berat?

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Saintis Dedah Makanan Tak Sedap Boleh Jadi Sedap Bila Makan Dengan Sudu Berat?

Masuk akal mengapa di restoran-restoran mahal atau di hotel umpamanya, mereka menyediakan peralatan makan seperti sudu, pisau stik dan garfu yang berasaskan material besi berat. Ini kerana, menurut hasil kajian terkini oleh pakar dan para saintis, ianya mampu memberi kenikmatan yang lebih buat individu yang menjamu selera.

Bahkan, rasa makanan juga mampu diubah dengan hanya pemilihan peralatan makan atau cutlery sama ada ianya jenis ringan mahupun berat.

Seperti penulisan akademik yang dikongsikan menerusi laman sesawang rasmi University of Oxford, sebuah artikel yang diterbutkan dalam jurnal antarabangsa berjudul “Flavour”, berat sesebuah peralatan makan itu sendiri mampu mempengaruhi rasa hidangan.

Sumber: shopify.com

Menurut pemerhatian yang dibuat dengan menempatkan beberapa subjek di tempat makan mewah dengan hidangan yang sama tetapi menggunakan peralatan makan yang berbeza, lebih ramai bersetuju yang mereka sanggup membayar lebih untuk menikmati makanan dengan menggunakan sudu, garfu dan pisau yang berat seperti logam dan besi.

Masyarakat Korea menggunakan peralatan makan seperti chopstick dan sudu yang diperbuat daripada besi kerana ianya buat makanan jauh lebih menyelerakan… Patutlah ahli Running Man paling teruja kalau ada cabaran makan!

Bukan itu sahaja, menurut artikel terbitan jurnal “Flavour” itu juga, bentuk dan warna peralatan makan yang kita pilih juga mampu mempengaruhi selera manusia.

Sebagai contoh, jika kamu menikmati yogurt putih dengan sudu putih, ianya akan berasa lebih manis daripada memakan yogurt berwarna dengan sudu berwarna kerana ia akan berasa lebih masam. Bahkan kita juga akan berasa lebih kenyang jika menikmati makanan seringkas yogurt dengan menggunakan sudu plastik.

Sumber: npr.org

Sebab itu, restoran-restoran bertaraf lima bintang lazimnya menggunakan pinggan putih untuk menghidangkan makanan mereka kerana ia akan buat hidangan tampak lebih berselera untuk dijamah pelanggan.

Kesimpulannya, pemilihan warna peralatan makan sangat mempengaruhi selera manusia manakala, berat peralatan makan yang digunakan pula akan mempengaruhi deria rasa manusia. Untuk yang berdiet tu, cuba makan dengan sudu plastik kerana sudu lebih ringan akan buatkan kita lekas kenyang. 

Sumber: webstaurantstore.com

Buat yang tak selera nam makan pula, cuba guna sudu dan garfu yang lebih berat kerana kamu pasti akan menikmati sajian serta waktu makan itu kerana yup, it feel so much more luxurious! Sebab tu tak boleh berhenti makan.

Patutlah makan kat luar seperti buffet di hotel tu rasa lagi seronok daripada makan masakan sendiri di rumah. Kat rumah, pinggan pun kadang-kadang guna pinggan plastik je kan? Hehe

Selamat beramal! ❤

RUJUKAN 1, 2, 3

BACA  Fakta 'Mengejutkan' Tentang Biskut Cip Coklat Popular DoubleTree by Hilton