Kamu penggemar muzik yang tak lokek mengeluarkan wang dalam jumlah tinggi semata-mata mahu melihat idola kamu secara live di atas pentas? Nampaknya kamu tak akan kecewa dengan pelbagai konsert yang akan berlangsung di tanah air sekitar awal tahun ini!
Dari seberang hinggalah ke Britain dan Korea, kamu pasti berpuas hati dengan wang beratus-ratus yang sudah dibelanjakan untuk sekeping tiket konsert mereka, bagi yang terlepas pandang, ini senarai konsert gempak yang dijadualkan mengegarkan Malaysia sepanjang 2019!
#1 KODALINE
Kamu peminat muzik Indie seperti penulis? Tahu tak Kodaline bakal mengadakan gig di Kuala Lumpur pada 3 Mac nanti?! Meskipun tarikhnya sama dengan tarikh konsert BLUE, siapa tahu masih ada peminat muzik rock indie yang berebut-rebut mahu dengarkan dendangan lagu seperti “One Day”, “All I Want” dan “Big Bad World”…
Tonton Video Muzik “All I Want” oleh Kodaline
Harga tiket adalah pada RM165, RM185, RM205 setiap satu dan hanya individu berusia 18 tahun dibenarkan masuk ke konsert. Untuk keterangan lanjut, sila klik [].
Tarikh: 3 Mac 2019 | Tempat: KL, LIVE
#2 BLACKPINK
Oleh kerana harga tiket yang dijual untuk konsert Kumpulan K-Pop Idol paling berpengaruh abad ini mampu dimiliki ramai, pihak penganjur akhirnya menarik peluang keemasan dengan melanjutkan tempoh konsert selama dua hari dari 23 hingga 24 Februari sekaligus menawarkan jualan tiket lebih banyak buat para peminat di Malaysia!
Meskipun tiket hari pertama konsert sudah habis dijual, tiket hari kedua lebih murah -masih boleh dibeli pada harga serendah RM273, RM373, RM483, RM573, RM673 dan RM693 buat yang masih berkira-kira sama ada mahu pergi atau tidak. Apa yang penting, ini adalah kali pertama Blackpink bakal menjejakkan kaki mereka di Malaysia. Selain berhibur, kamu pasti tak sabar nak lihat himpunan fesyen dan gerak tari yang akan ditampilkan Lisa, Rose, Jennie dan Jisoo nanti! Boleh dapatkan tiket di sini [www.macpiepro.com].
Tarikh: 23 – 24 Februari 2019 | Tempat: Stadium Malawati, Shah Alam
#3 HONNE
Juga merupakan konsert bertemakan muzik Indie oleh Good Vibes Festival, dengarkan nyanyian “Day One” dan “Me and You” secara langsung pada malam Sabtu, 2 Mac 2019 nanti! Sumpah, penulis boleh gerenti yang bait-bait dalam karya ciptaan mereka ini tidak akan pernah mengecewakan kamu! Ayuh sokong muzik Indie dengan menyertai konsert jelajah HONNE di Malaysia ini.
Tonton Persembahan Unplugged “Day One” oleh HONNE
Harga tiket bermula RM120, RM140, RM165 dan ia boleh dibeli secara atas talian di sini [events.pouchnation.com/GVF-honne2].
Tarikh: 2 Mac 2019 | Tempat: KL LIVE
#4 HAHA & KIM JONG KOOK
Kalau dalam Running Man pun dah habis gamat, apa lagi kalau mereka ini bergabung di atas pentas nyanyian bersama?! Melihatkan rata-rata rakyat Malaysia menyambut baik kedatangan ahli bintang variasi Running Man sejak dahulu lagi, kali ini HAHA dan KIM JONG KOOK mahu menghiburkan rakyat Malaysia dengan keghairahan suara mereka mendendangkan lagu berserta seleksi tarian yang mungkin melucukan.
Jangan ketinggalan untuk dapatkan tiket konsert bergabung antara Haha dan Kim Jong Kook bersama kemunculan istimewa DJ SKULL pada harga bermula RM153, RM243, RM333, RM453 dan RM493 untuk VVIP. Kalau selama ini belum pernah dengar Haha dan Jung Kook menyanyi, inilah masanya. Secara langsung pula tu! Malumat pembelian tiket akan dimuat naik [di sini] dalam masa terdekat.
Tarikh: 2 Mac 2019 | Tempat: Stadium Malawati, Shah Alam
#5 BLUE
Jika kamu lahir sekitar era 90-an, kamu pasti membesar dengan lagu-lagu boyband daripada kumpulan BLUE. Berasal dari Britain, sejak mediamkan diri pada 2005 lalu, mereka akhirnya mengumumkan untuk kembali mengegarkan industri muzik sekitar 2011. Sejak itu, telah banyak konsert jelajah yang dilakukan untuk mengimbau kembali alunan lagu hit mereka seperti “One Love” dan “All Rise” dalam kalangan peminat dan kini tiba giliran Malaysia untuk menerima kehadiran ahli-ahli BLUE termasuklah Lee Ryan, Simon Webbe, Duncan James dan Anthony Costa. Tak sabarnya!
Harga bermula pada RM98, RM208, RM258, RM398 dan paling mahal adalah RM598 untuk tiket VVIP. Klik untuk beli tiket sekarang [events.time.ly]. Perhatian buat semua, kamera dan sebarang gajet video kecuali telefon pintar adalah tidak dibenarkan penggunaannya sepanjang konsert berlangsung.
Tarikh: 3 Mac 2019 | Tempat: Dewan Wawasan Convention & Exhibition Centre
#6 DEWA 19 @ Ari Lasso + Once Mekel
Siapa tak kenal dengan dua sahabat baik dari seberang Once dan Ari Lasso? Kedatangan mereka pada kali ke Malaysia untuk menjayakan sebuah konsert “Reunion” ini bakal menyaksikan formasi lengkap mantan vokalisnya, Once Mekel, dari beberapa generasi sejak Dewa 19 ditubuhkan sekitar tahun 1986. Ini pastinya akan menjadi sebuah fenomena fantastik serta sejarah momen manis yang tidak layak dilepaskan.
Harga tiket yang ditawarkan adalah RM238, RM358, RM458 dan RM888 untuk tempat duduk VIP. Harga tiket yang disenarai tidak termasuk RM4 wang proses pembelian. Untuk makluman lanjut berkenaan konsert, sila layari [premier.ticketcharge.com.my]. Kanak-kanak usia bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke konsert.
Tarikh: 2 Februari 2019 | Tempat: Stadium Malawati, Shah Alam
Apa-apa pun, pentingkan keperluan daripada nafsu dahulu ya… jangan ada pula yang ligat nak pergi berseronok sampai tak mampu nak bayar bil, duit sewa rumah dan lain-lain hanya disebabkan sekeping tiket konsert. Jangan sampai pokai ya? Hehe
***Sebarang maklumat berkenaan konsert terkini yang akan datang akan dimuat naik kemudian.
Selamat berhibur semua! ❤