Lookbook

Charles & Keith Hasilkan Koleksi Cantik Untuk Gadis Ayu Sambut Musim Bunga

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Charles & Keith Hasilkan Koleksi Cantik Untuk Gadis Ayu Sambut Musim Bunga

Dari beg tangan, kasut hinggalah kepada aksesori, percayalah bahawasanya Charles & Keith selaku pembekal perhiasan mewah untuk melengkapi gaya wanita berpersonaliti ini tampil dengan seleksi pilihan versatile istimewa untk musim bunga/panas 2019.

IKLAN
Foto -Arkib Wanista

Kempennya berjudul “Summer Daze”, setiap satu item fesyen yang dihimpunkan dalam koleksi musim bunga/panas ini adalah bercirikan sofistikasi jiwa wanita hari ini yang sentiasa mahupun keunikan berganda. Pada asalnya, setiap rekaan adalah disunting dari perincian popular era 80-an, diolah menggunakan kepelbagaian warna menonjol serta bentuk-bentuk unik yang dihiasi corak cetakan.

Foto -Arkib Wanista

Apa yang lebih menarik, foto-foto kempen musim bunga Charles & Keith tahun ini juga memilih lokasi berlatarkan lautan luas di samping gunung-ganang nyaman untuk merembeskan aura percutian menarik bagi mengujakan para pelanggan berpotensi.

Foto -Arkib Wanista

Maklum sahajalah, sudah menjadi lumrah masyarakat hari ini apabila bercuti bukan sahaja dimanfaatkan untuk berlibur semata tetapi juga bergaya sakan dengan fashion staple terkini paling hangat sambil menrakam foto-foto #InstagramWorthy -kemudian dipertontonkan kepada umum sebagai lembaran fesyen gah.

Himpunan Koleksi Beg Tangan Terkini Charles & Keith Untuk Musim Bunga/Panas 2019

Dari kiri: Statement Buckle Top Handle Bag: RM239.90 & Woven Top Handle Bag: RM359.90
Dari kiri: Horse Shoe Top Handle Bag: RM259.90 & Fortune Cookie Cut Bag: RM259.90
Dari kiri: Satin Push Lock Bracelet Clutch: RM339.90 & Ribbon Push-Lock Top Handle Bag: RM259.90
Dari kiri: Tassel Shoulder Bag: RM279.90 & Braided Ribbon Top Handle Bag: RM279.90

Untuk keterangan lanjut, sila klik [charleskeith.com/my]