Tips

Guna Kotak & Tak Gantung Baju, Tips Jadi Pembersih Marie Kondo Luar Biasa!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Guna Kotak & Tak Gantung Baju, Tips Jadi Pembersih Marie Kondo Luar Biasa!

Pernah disenaraikan antara 100 orang paling berpengaruh oleh TIME Magazine sekitar 2015, siapa sangka penulisan buku yang menghimpunkan tips terbaik untuk mengajar orang ramai cara mengemas rumah menggunakan teknik KonMari -diasaskan oleh insan genit bernama Marie Kondo berketurunan asal Jepun ini akhirnya membuatkan dirinya menjadi popular serta-merta!

Sumber: Pinterest

Jangan tak tahu kerana buku berjudul “The Life Changing Magic of Tidying Up” oleh Marie Kondo itu merupakan antara buku paling laris dijual di New York sehingga 6 Juta cetakan ketika ini.

Marie Kondo bergambar dengan dua cahaya matanya. Sumber: Pinterest

Perkara itu turut membawa tuah kepada Marie Kondo kerana baru-baru ini beliau berkolaborasi dengan pihak pernerbitan Netflix untuk menayangkan program televisyen beliau sendiri dipanggil “Tidying Up with Marie Kondo” yang sudah boleh ditonton oleh para pelanggan Netflix sejak 1 Januari lepas.

Tonton Trailer Tidying Up With Marie Kondo

Selain wajahnya yang jelita bak bidadari, Marie Kondo turut mampu berbahasa Inggeris memudahkan lagi kerjaya beliau melepasi para antarabangsa, sehingga ada orang menggelarkan beliau sebagai insan paling pembersih di dunia kerana tata cara beliau yang sangat teratur dalam menggalakkan masyarakat global menguruskan keadaan rumah.

Sumber: Google Images

Ramai mengaku cara yang dianjurkan Marie Kondo sangat berkesan untuk mengubah gaya hidup “pengotor” mereka menjadi seorang yang lebih teliti dan “pembersih” dalam mengendalikan kenyamanan dalam rumah.

Justeru, penulis kepilkan beberapa cara hebat yang kamu boleh praktikan mengikut aturan Marie Kondo agar keadaan rumah kembali bersih, kemas dan tidak serabut sekaligus merosakkan emosi kamu sebagai manusia ideal.

#1 Mula Dengan Penggunaan Kotak

Dalam episod pertama siri “Tidying Up with Marie Kondo” terbitan Netflix, Marie Kondo menyatakan yang beliau sememangnya cintakan kotak. Alasannya adalah kerana kotak sedikit-sebanyak dapat menjadikan hidup kita lebih teratur di mana, kamu sebenarnya boleh memanfaatkan kotak sebagai medium penyimpanan yang optimum dalam ke arah untuk menjadi pembersih serta seorang yang pengemas.

Sumber: Netflix

Guna kotak untuk aturkan barang-barang dalam almari dan laci namun, salah satu tips yang dijelaskan Marie adalah cuba cari kotak atau bekas simpanan yang menarik seperti bercorak atau berwarna agar ianya lebih menarik dan buat hatimu girang agar tidak berasa bosan atau malas berkemas.

Sumber: Pinterest

#2 Jangan Gantung Baju!

Tak perlu lagi semakkan almari dengan hanger yang membuak-buak pada kayu penggantung. Guna hanger memang mudah namun sebenarnya ia akan menggalakkan kamu untuk terus membeli pakaian sekaligus menjadi seorang shopaholic. Apabila terlalu banyak baju yang digantung, sukar untuk kamu mencari dan akhirnya, kamu membeli-belah kerana merasakan tiada baju yang sesuai dipakai sehari-hari.

Sumber: Pinterest

Marie Kondo mengajar kita semua untuk melipat elok pakaian dan menyusunnya secara rapi dalam laci alamari. Ini bisa membuatkan kita peka dengan pakaian apa yang kita ada malah lebih senang untuk mencari pakaian bila mahu dipakai nanti.

Baju yang dilipat menggunakan kaedah KonMari lebih sennag disusun dan dilihat kerana menampakkan bahagian hadapan pakaian. Sumber: onetalltwoshort.com

#3 Lipatan Kecil Kaedah KonMari

Diilhamkan sendiri oleh Marie Kondo dan menurutnya, baju adalah barang yang sering menyerabutkan rumah seseorang, justeru dia mencipta teknik lipatan kecil KonMari untuk dimanfaatkan semua agar tidak memerlukan ruangan banyak dalam almari serta mudah untuk dilipat kerana tidak memerlukan teknik yang “terlalu kemas”.

Tutorial kaedah lipatan KonMari oleh Marie Kondo. Sumber: Giphy

#4 Layan Objek Seolah “Mereka” Bernyawa

Menurut Marie Kondo, salah satu cara untuk menjanjikan kediaman yang selesa tanpa barang berselerak adalah dengan mengumpulkan objek-objek tersebut di suatu tempat sebelum mula mengemas. Dengan cara itu kamu akan nampak antara barang-barang lama yang mungkin kamu sudah tidak perlukan dan ia kemudian boleh diasingkan untuk dikitar semula atau diberi kepada orang. Boleh juga dijual!

Sumber: Pinterest

Sebelum mula mengemas, Marie Kondo turut menganjurkan kita untuk sentiasa berterima kasih secara spiritual kepada barang-barang milik kita termasuk baju dan kediaman kita kerana ia sebenarnya “bernyawa” -mampu melindungi kita dari panas dan hujan (rumah) serta melindungi tubuh kita (baju). 

Sumber: Pinterest

Dengan cara beterima kasih spiritual itu juga, kita sebenarnya akan pupuk perasaan kasih kita terhadap setiap barangan milik kita demi menjaga dan sentiasa menguruskannya dengan rapi.

Tonton Marie Kondo Ajar Penonton Kemas Rumah

Mungkin mempunyai rumah yang kemas sekaligus jadi bertambah tenang dengan menghuni di rumah yang teratur adalah azam baru kamu tahun ni?

Boleh cuba kaedah KonMari yang diajarkan Marie Kondo ni ya! ❤

RUJUKAN 1, 2, 3

BACA  5 Resepi Susu Panas Bikin Tidur Kamu Paling Nyenyak Dan Nikmat