Berlatarkan keindahan bumi California yang dihiasi laut biru serta deru angin nyaman mempersona buat si kaki travel, bintang K-Pop HYOLYN (Hyorin) akhirnya dipilih sebagai wajah untuk mempromosikan koleksi sneakers PUMA CALI baharu yang pastinya ditemani rekaan lebih berkelas untuk semua!
Istimewa untuk semua peminat sneakers PUMA di seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura dan Indonesia, kempen PUMA #CaliTravelog akan dianjurkan selama enam bulan lamanya bermula Januari 2019.
Diinspirasikan dari kelincahan wanita California yang biasanya bijak berhias dengan serba gaya fesyen berwarna-warni dan ranggi, #CaliTravelog menawarkan semua dengan ilham yang bisa menyakinkan kamu betapa versatile rekaan sneakers bertumit tebal ini untuk digayakan sehari-hari sebagai pelengkap fesyen kasual.
Bukan itu sahaja, selain potongan tumit kasutnya yang memukau, setiap satunya turut ditemani perincian metalik untuk sedikit penampilan yang pop seperti aura hiburan korea yang tidak pernah mengecewakan umpama susuk Hyolyn sendiri.
Merupakan bekas ahli kumpulan hit SISTAR, Hyolyn sejak dahulunya juga merupakan inspirasi dan idola ramai sebagai rujukan fesyen dan kini beliau dikatakan sudah semakin maju dan berjaya dalam mengejar cita-cita untuk menjadi penghibur solo. Antara lagu popular yang dilatunkannya adalah termasuk “See Sea”, “Bae” dan “Dally”.
Keghairahan dan keyakinan Hyolyn dalam mengecapi kehendak hatinya justeru memikat hati PUMA, untuk itu, jangan ketinggalan peluang untuk mendapat tajaan percutian mewah ke California dengan sebarang pembelian sneakers PUMA CALI baharu di semua cawangan PUMA dan gedung pengedar sah PUMA sekitar Malaysia termasuklah PUMA Aeon Mall Tebrau City, KLCC, Sunway Pyramid, Pavilion, Queensbay Mall, Mid Valley, SkyAvenue, Paradigm Johor Bharu, Imago KK, Suria Mall, Langkawi Fair and al-ikhsan, CROSSOVER, JD Sports, LEA Group, Studio, Original Classic, Retail Empire, RSH Malaysia, Sports Direct.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/PUMAMalaysia].