Sedang berlangsung sekarang acara gilang gemilang Golden Globes untuk tahun 2019.
Seperti biasa karpet merah menjadi gelanggang para selebriti mempamerkan ‘diri’ mereka dalam busana paling gah, memukau, vogue dari pelbagai rumah fesyen ternama.
Memukau peminat dan lensa jurugambar adalah diva Lady Gaga yang tercalon buat pertama kali dalam kategori Aktress Terbaik bagi filem A Star Is Born.
Bukan biasa-biasa, Lady Gaga tampil dalam sepersalinan gaun meleret biru ‘powdery blue’ dari Valentino yang padan dengan warna rambutnya blonde dititipkan biru. From head to toe, penampilan Lady Gaga cukup anggun dan layak diangkat sebagai ‘Best Dressed’ bahkan sudah persis Cinderella.
Bayangkan gaunnya panjang meleret sampai memerlukan dua orang untuk iring. Memang diva habis!
https://twitter.com/KingLadyGaga/status/1082064530199531521?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1082064530199531521&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.cosmopolitan.com%2Fentertainment%2Fa25562315%2Flady-gaga-golden-globes-2019%2F
Tapi tak apalah dia Lady Gaga….