Lazimnya, kita menyambut bulan pertama untuk tahun baru dengan azam baharu yang pastinya membina motivasi dalam diri justeru, seorang anak muda bernama Laura Jackson, 21, tampil menganjurkan sebuab kempen di Universitinya dengan mengajak semua wanita dan anak gadis sebayanya untuk kekal konfiden mestinya tubuh dibiarkan “berbulu” tanpa perlu bercukur!
Bukan sengaja mahu menganjurkan kempen pelik yang diberi nama “Jahunairy”ini, menurut pelajar The Exeter University itu, dia tiba-tiba mendapat ilham untuk mengadakan kempen tersebut dalam kalangan pelajar di institusi pendidikan yang dihadirinya kerana menurutnya, adalah terlalu remeh untuk seorang wanita melakukan pelbagai perkara semata-mata untuk memuaskan mata orang lain dan menjadi cantik hanya kerana mahu meraih pujian daripada orang.
“Sesungguhnya saya berasa yakin dengan diri sebenar saya (berbulu), meskipun ramai di antara individu dii keliling saya tidak bersetuju dengan tindakan saya untuk tidak mencukur/bercukur,” jelas Laura.
Kempen tersebut dijalankan dengan menganjuran pertandingan untuk melihat wanita mana paling yakin tampil berbulu lebat dan tujuan asalnya adalah untuk mengutip dana sekurang-kurangnya berjumlah RM5250,000 (£1,000) untuk disumbangkan kepada sebuah badan organisasi iaitu “Body Gossip” yang bertanggungjawab menyebarkan program mengajaran berkenaan imej tubuh kepada generasi muda di luar sana.
Sehingga kini, kempen itu berjaya mendapat penyertaan daripada ramai wanita dari seluruh dunia namun ibu Laura sendiri seolah tidak bersetuju dengan tindakan anaknya yang dianggap sebagai pemalas kerana tidak mahu bercukur dan menjaga penampilan diri.
Walau bagaimanapun, kempen itu terus dijalankan dan Laura yakin ianya akan berhasil untuk menyedarkan masyarakat tentang hak individu menentukan imej tubuh yang ingin dibawakan.