Sudah diketahui umum, Kendall Jenner kini bergelar supermodel dan memonopoli kebanyakan jenama rumah fesyen terkemuka dunia. Mana-mana sahaja kempen fesyen terbaru pasti ada wajah kakak kepada Kylie ini.
Cukup pakej dengan memiliki raut seksi dan bentuk badan yang langsing, Kendall buat ramai peminat beliau tidak jemu melihat setiap posting terbaru di Instagram.
Tinggal di bandar Los Angeles membuatkan Kendall lebih gemar dengan aktiviti berjemur dan berenang. Jadinya beliau banyak berposing sakan dengan fesyen-fesyen seksi bikini. Perut kempis dan kaki panjang Kendall tampak menyerlah dengan pelbagai rekaan bikini yang ditayang. Seperti biasalah nama pun supermodel, tag harga sepasang bikini yang dipakai bukan biasa-biasa. Jom kita selongkar!
Perkongsian ini hasil dari akaun Instagram @thejennerscloset.
#1 Goosseberry, harga: RM410
#2 Kendall and Kylie, harga: RM602
#3 Meshki Swim, harga: RM262
#4 Goosseberry, harga: RM404
#5 Sommer. Swim, harga: RM555
#6 Kendall and Kylie, harga: RM545
Anda rasa kesemua koleksi bikini Kendall ini dibeli sendiri olehnya atau ditaja? Hmmm..